Aug 15, 2012

Alahan Berbelog

Alahan Berbelog..??

Hahaha...itulah yg aku alami saat ni...
Aku xboleh la nak buka blog sokmo..

Ni pun update jap..pastu laju-laju off...

Apa pun SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN ;)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jul 13, 2012

Bebola Daging Goreng Berlada

Bebola Daging Goreng Berlada..???

Pic dari tokcik google
Entry kali ni bukan berkaitan resipi tapi cerita disebalik bebola berapi ni.

Semalam kawan en jawe (suami) baru balik dari sabah so dia bagi bebola bebola daging (made in sabah).

Malam tadi en jawe suruh masak bebola sambal tapi aku rasa macam tak best. Aku tukar jadi bebola berlada sebab kebetulan cili api banyak kat dapur ni. So aku masaklah dengan penuh confident level yang sangat tinggi. Dengan rakusnya aku memblender cili api bergenggam-genggam.

Ha...amekaw....

Dah tu aku masaklah sayur bayam merah goreng.

Aku ajak en jawe makan. Dia makan berselera betul walaupun dia ni bukanlah suka makan pedas-pedas. Kalau aku lainlah, aku wajib makan kena pedas.

Perghh...memang pedas...meleleh gua cakap lu...
Tapi yang bestnya aku tengok en jawe makan bertambah-tambah. Berselera betul...

Setengah jam lepas makan, en jawe bangun dan pergi tandas.

Lama....

Diam....

Aku tanya "Yang...awak ok ker.....?"

"Ok2......."

Tak lama lepas tu dia keluar dari tandas.
Berdiri...tercegat...termenung....
3minit...

Dia pandang aku, senyum..
"cutelah pulok..."

Dia datang kat aku, dia capai tangan kanan aku then dia cium.
"Ayang masak sedaplah...sampai ke jamban abang dibuatnya..."

Erk....
"Sorry yang, saya masak terpedaslah..."

"Eh sedaplah...abang suka....Pandai bini abang masak...Terima kasih yang.."

Perli ke ape ni....??


nota kaki : Lepas ni kena masak pedas sampai ke jamban..
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jul 12, 2012

Seratus

Apa yang seratus..?

Oh...hari ni genaplah follower aku 100 keping/helai/ketul bal...bla..bla...
Yang menggenapkan angka ni ialah mrs mell (taksangkanyer)


Terharu...
Tersedih..
dan..
Terkentut..tipu..mana ada kentut..


"Ala..baru seratus nak kecoh.."

Yelah mestilah nak kecoh..dulu ada 1..2...3...... dan sekarang dah jadi seratus..
Bagi aku sangat bermakna follower ni walaupun bukan semua yang betul-betul follow belog picisan ni..

Tapi tanpa follower yang lain tak mungkin follower aku boleh cecah 100 kan..
Macam Apple yang selalu muntah (pembawakan budak agaknya), Encik H yang misteri lagi kebabom, yang pernah buang sampah kat sini Bro Bundle, si Syida a.k.a sida-sida  yang macho, M Fizan a guy from mars, Cik jururawat c Hidayah, yang baru je lepas kahwin Husna (bkn dia yg kawen tp kakak dia da..),....

Ramai lagilah...yang lain2 sempat di backlink :

Eerashera, Bukan saya di sini, Kak Zakie, Sis Ai, emma, Onlajer, P.i.p.o.q, Ati Masrif, Wawa, Taufiq, Me a.k.a wani, Aziemat, Fara Weda, Bee, Jasman dan bermacam-macam lagi..

Dulu aku silent reader...pergi belog orang sibuk dok baca je tapi tak komen.
Lepas tu aku makin rajin menyebok kat belog orang, tu yang orang mai singgah sini...

Kalau menyombong, takda orang nak tegur kan..
So Muchas Gracias korang sebab mai gak sini walaupun belog ni tak berapa nak ada.. Nie jelah yang dapat aku hidangkan setakat ni...

Nota kaki : Aku buat belog ni mula asalnya sebab pensyarah aku suruh buat sbg assigment. Semua post2 time aku study dulu aku gi delete (time tu aku tak fikir belog ni penting macam sekarang.Rasa terkilan, rugi pun ada).
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jul 5, 2012

Bila Bangla Menulis.....

Bila Bangla menulis, inilah jadinya...

Request ni cik lala terima dari staff bangla masa kat tempat kerja lama.


No.10
Pinappu Lambut = Penyapu Lembut
(xmau plastik bisa) = (tak mahu plastik macam biasa)

No.11
Dia nak penyodok Longkang Besi. Yang tak boleh blah tu siap lukis. Dah macam gigi buaya aku tengok.

No.12
Air Mosaic = Pencuci Mosaic

No.13
Dia nak tuala untuk kegunaan pejabat. Siap mention nak yang baik punya. Hahaha...

No.14
Baju untuk makcik (1lai). Sebenarnya dia nak uniform untuk makcik sehelai. Dia tulis 1lai. Lai apa..? Laici mau ka? Lai lai katok....

Request by : Prem

Takpa prem, good try. Kira oklah aku boleh faham lagi walaupun kau tak pernah pun masuk tadika. Lepas aku resign, tak tahulah orang baru tu faham ke tak dengan kau.

nota kaki : dulu cik lala kerja bahagian purchasing kat syarikat cleaning service. Banyak request ntah apa-apa yang Bangla ni bagi. Pening kejap den kat sana.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jul 4, 2012

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday hari ni ialah mesej yang aku terima dari staff Bangla masa kat tempat kerja lama.


Mesej dia macam ni :

 "Sistear yang say pune tayar rowda dan woir gatta tu vhilla maw hantar sine"

Maksud dia :

"Sister, yang saya punya tayar roda dan wayar getah tu bila mahu hantar sini"


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 27, 2012

Tupperware

Siapa tak kenal jenama tupperware..?
Eco bottle yang aku ada kaler hijau. Gambar ni aku rembat kat en tupperware
Aku..?
Ye...tu dulu tapi bila dah masuk dunia pekerjaan, sedikit demi sedikit aku mula terjebak...

Aku dulu tak minat dengan segala mak nenek tupperware ni.
Ada macam-macam rupa, bentuk, saiz, warna bla..bla...bla...

Pernah dulu Kak Shira (nama sebenar) kakak kat tempat keje lama cakap,

"Sekarang kau bujang, memang tak heran tupperware ni. Tunggulah kau dah kahwin esok, sibuk nak tengok katalog. Nak cari bekas untuk cili bawanglah, bekas beraslah....."

"Kak Shira ni nak beli tupperware kena sorok dari suami akak. Kalau dia tahu mesti bising.Kat rumah tu memang dah banyak tapi bila tengok ada yang baru, mesti nak beli. Geramlah tengok tupperware ni.."

Kat Office lama aku memang kencang giler pasal ni. Sampaikan ada gak dealer laki orang. Bos-bos perempuan pun meniaga tupperware jugak.. (untung ke meniaga tupperware ni)
Sungguh...Tsunami Tupperware kat sana.

Yang staff laki sibuk nak tengok katalog gak sebab nak belikan untuk bini (sungguh baik dan sportingnyer), yang bujang sebuk cari Eco Bottle bla bla bla...

Kat sini pun tak kurang hebatnya...
Lelaki jual tupperware dah jadi perkara biasa (advance lelaki sekarang ek).
Tanya je siapa jual tupperware...? Bersepah...

Aku bab nak jadi dealer ke apa ke memang malas nak layan. Kalau rasa nak beli, order je kat diorang.


nota kaki : Tapi serius, eco bottle tu memang comel. laki perempuan guna pun takda hal. Tupperware ni mengancam sebab color dengan design dia. Berkualiti... Terbaikkkkk....
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Petua Kuruskan Badan

Assalamualaikum wbt

Dengan pantasnya jari jemari ni menaip petua untuk kuruskan badan.
Petua ni direquest oleh M Fizan.
Selalunya petua ni diamalkan oleh perempuan yang dalam pantang.
Petua ni mampu membuang angin dan lemak yang tak berguna dalam badan.

Cara dan bahan yang sangat mudah.
Sumber : Google
Ambil beberapa asam keping dan beberapa hiris halia (kalau nak tumbuk je halia tu pun boleh).
Rebus bahan tadi bersama dua gelas air.
Biarkan mendidih sehingga air tadi tinggal segelas. Faham tak..?
(Didihkan air sehingga air tadi jadi kurang. Kalau didihkan air secawan, biar air tu didih sehingga tinggal setengah cawan.)

Minum air rebusan tadi ketika suam.
Seelok-eloknya minum di awal pagi dan waktu malam.

InsyaAllah akan ada perubahan.
Kalau badan banyak angin, bersedialah...anda akan selalu sendawa dan terkentut.

Petua ni my kakak (kak yong dan kak lena) amalkan tiap kali berpantang dan masa tu jugaklah aku akan tumpang sekaki... Badan memang nampak kurus.
(Time pantang kakak aku rebus seperiuk yang saiz sederhana tu.. Dia minum selang seli dengan air masak)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 26, 2012

Tandas Bergerak

Tandas bergerak ...?

yang ni lebih mudah kan. Sumber : Pokcik google
Yup..tak tahu?? ok, sila tanya pokcik google.

Korang pernah guna tandas bergerak tak..??
Pernah? Sekali? Dua kali? Hari-hari..?

Apa rasa? Best tak..?
Aku cuma nak cerita tandas bergerak yang ada kat kawasan tempat kerja aku ni.

Aku kerja kat mana..?
Aku kerja dalam kawasan perindustrian yang agak dikenali buat masa ni..hahaha..
Keluasan kawasan sini sangatlah besar dan luas.
Memandangkan aku kerja dalam kawasan plant/production yang belum siap sepenuhnya so terdapat banyak tandas bergerak kat sini. Boleh kata setiap simpang ada.

Tandas ni digunakan oleh kontraktor-kontraktor Bangladesh, Indonesia, Nepal dan macam-macam lagi warga asing.

'Pekerja tak dibenarkan membawa kenderaan sendiri dalam kawasan plant melainkan kenderaan syarikat dan basikal yang disediakan'

Bilik aku nun dalam kawasan plant (Control Room aku dah siap sepenuhnya so memang pakai tandas tak bergerak). Kalau dari admin site lebih kurang 5-10mnt jalan kaki.

Tiap kali datang dan balik kerja aku lebih kerap jalan kaki sebab :
- Kenderaan syarikat terhad (Kadang-kadang tumpang orang)
- Buruk sgt kalau perempuan naik basikal. Terjongket sana sini. Haishhh...

Tiap kali jalan kaki aku akan melalui 3 4 simpang dan tiap kali tu jaga aku akan lalu depan tandas bergerak yang sangat ohsem ni.
Mana taknya pintunya selalu tak tutup rapat. Segala haruman dapat dihidu dari jauh.
Bayangkan tandas tu digunakan oleh beratus kontraktor dari pagi sampai petang. Padat dan pekat baunya ye...

Wah sangat indah berjalan kaki dipetang hari sewaktu habis waktu bekerja dengan keadaan badan yang letih sambil menghidu udara yang ohsem. Oh...!!!!
(waktu pagi takda bau sebab malam-malam dah servis)

Tu belum tengok dalam tandas tu yang berlumpur (bila lalu aku takkan pandang tandas tu, ngeri)

Ada pulak tu time aku lalu dok pura-pura belek tayar basikal sedangkan jelas niatnya nak masuk tandas..  (Malulah tu)

"Ala bang oi..masuk jelah tandas yang ohsem tu..kang ada lak yang terkucil dok belek tayar basikal.."
aku cakap dalam hati.

Bila aku toleh
Cusss...sekelip mata hilang dalam tandas..

Aku tak tahu nak salahkan siapa bila tandas bergerak dah jadi ohsem macam tu..
Sekurang-kurangnya tutuplah pintu tandas tu rapat-rapat.
Takdalah bau-bauan berlegar diruang udara.

Apa pun petang karang aku nak balik kerja akan berhadapan dengan si tandas ohsem...
dan pagi esok pun sama dan sampailah kawasan plant ni siap sepenuhnya..

nota kaki : bilalah kawasan plant ni nak siap. Kebas dah hidung ni...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 24, 2012

Petua Hilangkan Kelemumur

Assalamualaikum wb

OK. Izinkan lala kongsikan petua hilangkan kelemumur. Lala dapat dari abang cik lala (Ebeng). Masa lala kecil, abang selalu amalkan. La ni dah takda lagi sebab dia berimej baru (botak licin, seksi katanya).

Caranya ambil sebiji kelapa parut dan perah (ambil santannya sahaja).
Kemudian basahkan rambut dengan santan tadi. Sambil lumur santan tu, kita sental/tenyeh kulit kepala sekali (jangan kuat sangat , nanti luka pulak).
Sumber : Pokcik Google
Ambil limau kasturi atau limau nipis (lagi bagus).
Potong dan perah keserata kepala.

Ramas rambut sebentar sambil tu gosok kulit kepala dengan limau yang dah diperah (diingatkan jangan terlalu kuat, nanti pedih).

Dah siap?
Balut kepala dengan sehelai tuala kering.
Biarkan selamalebih kurang satu jam.
Selepas itu, basuh dan bilas dengan syampu biasa (Basuh dan bilas dengan bersih ye. Lebih-lebih lagi bahagian kulit kepala tu).

Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali/dua kali.
Lihat hasilnya.

Petua ni juga dapat menjadikan rambut lebih bermaya dan menghilangkan kegatalan pada kulit kepala. Rasa ringan je kepala...

Cik lala dah try pun, tu yang kongsi dengan korang.

nota kaki : Hampas kelapa tu jangan buang. Boleh guna untuk sental/gosok pada badan. Dapat buang daki dan licinkan kulit. Mesti cuba.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 23, 2012

Kalau Dah Bukan Rezeki....

Kisah ini diceritakan oleh adik angkat lala yang sangat muchuk dan suka bela kucing. Nama dia Fazila (nama sebenar).

Lapar benar ko ni encik kucing. Gambar ko ni aku ambil kat google.
Mula asalnya si dak Fazila ni lapar so nak makanlah, mengisi tangkinya yang boleh tahan hebat keluasannya (tapi lagi hebat tangki cik lala).
Dia pergi dapur. Dalam masa yang sama salah seekor kucing dia mengiau (kelaparan). Memang tak diam. Kucing dah laparkan, mana faham bahasa ibunda kita ni. Macam baby selagi tak dapat susu, menangis.

Dalam hati dia kata, 'kejap lagilah bagi kucing makan.'

Si dak Fazila ni nak pergi melantak dulu sebab lapar tahap gaban.


Cedok nasi...


Cedok lauk....

Ambil air secawan...

Duduk bersimpuh kat lantai dapur (memang anak dara kampung, sungguh sopan dan ayu).
Kucing tadi dok still mengiau dan duduk sebelah dia. Gesel-gesel kepala dia yang miang tu (nakkan perhatianlah agaknya).

Tapi dia buat tak nampak je sebab perut dia minta diisi dulu.

Baca doa makan....

Tangan kanan mula mencapai nasi yang berada di dalam pinggan lalu digaul bersama lauk yang menyelerakan.

Kemudian tangan diangkat dan menuju ke gua (mulut). Hehehe...

Zassssss.... (sadisnya bunyi).

Tangannyer tadi dicakar oleh kucing. Terlepas nasi di tangan sebelum sempat dimakan.
Dengan pantas dan tangkasnya kucing tersebut makan nasi yang bertaburan.
Habis yang dalam pinggan dah terkena sisa kucing.

Nak tak nak, bagi jugaklah kucing tu makan tapi dalam pinggan kucing.
Sesudah tu, barulah Fazila ambil nasi dan lauk semula dan makan tanpa kucing yang mengiau....

Begitulah ceritanya yang sadis.

Moral of the story :
Mungkin dah rezeki kucing tu kan, tak sempat nak jamah.

Arwah mak lala pernah cakap,
"Kalau dah namanya rezeki, dari dalam mulut naga pun boleh keluar..."

nota kaki : Lepas ni sila pastikan haiwan peliharaan korang diberi makan terlebih dahulu ye ;p
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 22, 2012

Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslaw dan Andhika

Siapa layan cerita kat TV3 'Dejavu Di Kinabalu'
Korang mesti tahu lagu ni kan..


Lala memang dah lama tak layan drama TV3 petang-petang tu.
Bukan apa, kadang-kadang balik kerja dah lewat so tak sempat nak tengok.
Tapi minggu ni balik on time, dapatlah melepak depan TV layan Aqasha dengan Tiz Zakyah. Best pulak cerita ni.

Lagu ni pun bestlah.... Melodi, lirik lagu butterfly ni memang kena sangatlah dengan emosi jiwang-jiwang ku ini..huhu...

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah


Bisa kurasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu


Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu


Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up false me and you


Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu......
Namun kutunggu..



Lirik lagu ni cik lala dapat kat SINI
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Sorok Menantu

Ini kisah tentang mertua yang sorok menantu dia nan satu ni...

Cik lala diijabkabulkan pada 27/01/2012 (Jumaat) dan majlis persandingan bagi pihak lala pada hari Ahadnya (29/01/2012).
Pada hari Selasa (31/01/2012) malam Rabu berikutnya, lala dan suami (en jawe) pergi rumah mertua kerana pada hujung minggu (05/02/2012) itu pula buat majlis di sana.

Sampai sahaja kat sana, rumah mertua dipenuhi dengan adik beradik en jawe dan beberapa orang saudara mara dia. Selepas salam-salaman dengan seisi rumah, kami duduk di ruang tamu. Berbual kosong dalam 5-10mnt lepas tu mak mertua (umi) suruh kami masuk bilik pengantin.

Umi dan ayah (ayah mertua) bagi tahu selagi majlis rumah lelaki tak selesai, pengantin perempuan tak boleh keluar bilik apatah lagi untuk keluar rumah.
Lala tergelaklah sebab ingatkan diorang main-main je. Bayangkan kena kurung dalam bilik sampai hujung minggu?? Oh....tidak...

Cik Lala kata kat ayah :
"Ala ayah...takkan kena kurung dalam bilik jer...?"

Ayah : Yelah..kena duduk dalam bilik selagi majlis tak selesai. Ila kena kurunglah nampaknya... (ayah tersengih)

Lala : Nak duduk kat ruang tamu ni pun tak boleh??

Umi : Tak boleh. Nanti jiran-jirannya nampak. Hilang seri bila orang dah tengok menantunya. Ella (memang umi panggil lala nama tu) duduk je dalam bilik. Jangan keluar mana-mana.

Ayah : Tapi andak (gelaran en jawe dalam keluarga) tak payahlah nak berkurung jugak. Andak kena tolong apa-apa yang patot kat luar ni. Ayah bukan nak menghalau ye, lebih baik ila masuk bilik sekarang. Kang ada orang nampak...

Apalah motif kartun aku ni. Bedal jelah ek ;p
Start malam tu, lala hanya berkurung dalam bilik.
Mujurlah ada berukben dengan laptop, taklah mati kutu sangat.
Sarapan, makan tengahari semua umi yang hantar ke bilik.
Pagi-pagi umi dah ketuk pintu bilik...
"Ella nak mandi tak..? Kat dapur takda orang ni.. Pergilah mandi dulu.."
Comelnya umi aku ni.

Selesai mandi, masuk bilik semula. Tahu-tahu jap lagi umi hantar makanan, kerepeklah, kuihlah, air milo satu cawan besar (pakai cawan umi lagi)... Lagi sejam dua umi menjengah kat bilik kalau-kalau lala nak ke tandas...

Kebiasaan orang jawe, boleh kata lagi seminggu nak buat majlis kahwin diorang akan datang rewang. Dari pagi sampailah ke malam. Lala memang respectlah orang jawa, kebanyakannya memang titik beratkan kemasyarakatan. Dengarlah kat luar rumah, riuh mengalahkan pasar malam. Dengar pulak bahasa jawa yang memang lala tak expert.. "nongkene..nongkene..bla..bla..bla..."

Cik lala disorok/dikurung sampailah hari Sabtu malam Ahad (04/02/2012). Malam tu kami tak bersanding cuma kami pakai je baju nikah siap-siap. Biasanya bagi orang melayu malam Ahad diorang akan buat majlis berinai (bersanding + tepung tawar) tapi orang jawa still masak lauk pauk, panggil orang kampung cuma tak bersanding (sesetengah orang jawa memang macam tu).

Umi suruh kami sambut tetamu kat depan. So dengan tangkasnya menyusun langkah keluar (mak aih ramainya orang). Kenduri orang jawa ni tak sah kalau khemah lebih dari sepuluh, lepas tu setiap khemah penuh dengan tetamu.
Umi dengan ayah bertugas untuk melayan tetamu yang sedang makan. Dari  meja ke meja mereka menyapa.
Kami pulak orang datang, kami salam dan jemput mereka makan. Orang yang dah nak balik kami say thank you dan bagi berkat (time salam tu mesti ada sampul duit. Pakcik kayo. Hahaha).
Masa tu baru dapat kenal saudara mara, jiran tetangga dan orang kampung kat sana.

Time tu barulah lala sedar kenapa menantu umi dengan ayah ni disorokkan.

Tetamu yang datang asyik bertanya..

"Eh menantunya adalah.. Bila nyampe (sampai)?"

"Dari hari Rabu lagi kami dah ada kat sini.."

"Kok tak nampak.... Dah berapa hari wak rewang, tak nampak pun menantunya ni..."

Ada lagi pulak yang cakap lebih kurang macam ni...

"Petang tadi rewang tak nampak pun... Lawa menantunya....patotlah disorokkan.."

"Orang dari hari apa datang, ingatkan nak jumpa menantunya tapi takda. Rupanya disorokkan... Manis bini ko ni andak.."

Bla...bla..bla..bla.....

Malam tu kena puji aje.. Berserilah, lawolah...Haishhh...
Hohoho...dah malam tu majlis kita kan, takkan nak dikutuk pulak...hehe...

Tapi memang ohsem malam tu sebab rancak orang bertanya itu ini. Macam teruja pun ye jugak sebab diorang belum pernah jumpa dengan menantu Maripah + Mustapar.

Ada kemanisannya juga ye walau kena sorok. Cik lala tak pernah tahu pun ada lagi adat yang macam ni... so sweet.. Terima kasih umi dengan ayah. Sayang korang banyak macam air laut.....
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 21, 2012

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka..??

Yup..itu yang lala nak kongsi hari ni. Entry yang lepas tentang Sikap Perempuan Yang Lelaki Tak Suka.

Untuk kali ni kita tengok apa agaknya sikap yang membuatkan lelaki suka dan selesa dengan kita (perempuan).

Penampilan dan Cara Berpakaian
- Perempuan kena pandai jaga penampilan, cara berpakaian dan kena dengan citarasa si dia.
Jangan keterlaluan dan sarat dengan eksesori. Contohnya : gelang, cincin, rantai, kerongsang dan lain-lain lagi.

Apa yang lala perhatikan, ramai si gadis/si dara/si isteri sanggup rimas dengan eksesori yang melampau untuk tampil cantik..
No..no..no...!
Perubahan demi kebaikan. Sumber : Google
Perlu diingatkan yang lelaki tidak suka isteri/kekasih mereka berpakaian/kelihatan seksi.

Lelaki yang baik akan menjaga aurat pasangannya. Lelaki itu juga tidak mahu perhiasan pasangannya dilihat oleh lelaki lain. (seksi depan suami lagi berbaloi-baloi)

Siapa kata tidak perlu makeup..??
Kenalah berbedak (sekurang-kurangnya) dan calit sedikit gloss/lipstik supaya wajah kita nampak bermaya.

Kalau rajin, makeup sederhana depan si dia tetapi diingatkan jangan makeup terlalu tebal kerana akan hilang kecantikan yang asli.

Pandai Memasak
- Pernah tak boyfriend/tunang/kekasih korang tanya 'korang pandai masak tak..?'
Sure ada, kalau takda nanti diorang akan tanya. Hehe...

Itulah siapa suruh taknak belajar memasak... Kan dah rugi...
So mulai sekarang rajin-rajinlah ke dapur dan memasak sebab pada hakikatnya seorang suami lebih gemar makan dari "air tangan" isteri sendiri.

Sebab dengan memasak ni dapat pikat suami.

Tidak Perkecilkan Kelemahan Lelaki
- Itulah realiti. Lelaki mempunyai sifat ego dan pantang tercabar keegoannya bila perempuan memperkecilkan kelemahannya.

Sebagai perempuan yang mempunyai hati yang tulus suci, baik budi pekerti (perempuan memang begitu hokeh), kita terimalah pasangan kita seadanya. Kita ego gak tapi tak macam lelaki kannnn...

Thats right! Sumber : Google
Kalau lelaki kena kutuk lebih-lebih, muka diorang jadi panas tapi still rileks nampak macam cool padahal cover macho (lelaki memang begitukan..kan..kan..)

Sebagai perempuan kita kena beri pujian pada mereka (kasi kipaslah sikit). Cari kelebihan si dia dan beri pujian ikhlas (jangan hipokrit).

Mudah dibawa berbincang dan Tidak Mudah Naik Angin
- Yesza..perempuan macam ni lah baru best nak couple, nak buat bini.
Seorang perempuan seharusnya mudah dibawa berbincang, senang memberikan pendapat dan boleh muhasabah diri (tidak mudah naik angin).

Hakikatnya lelaki tak berapa suka perempuan yang suka merajuk so bila terasa hati, kita bawak berbincang.

Berdikari
- Memang betul kadang-kadang perempuan memerlukan lelaki dalam beberapa hal tapi jangan terlalu mengharapkan lelaki dalam semua hal.

Tapi jangan pula terlalu berdikari sampai tidak perlukan si dia.
Ada masa kita kena pandai bawak diri dan jangan jadi macam "anak mak". Always dok bawah ketiak mak (perumpamaan je tu).

Sentiada Ada Waktu Suka Duka
- Jangan tinggalkan atau tidak hiraukan dia ketika dia mempunyai masalah. Kalau kita tak dapat membantu, cukup beri perhatian dan dengar rintihan hati dia (sediakan je telinga tu).

Kongsi masalah dan kegembiraan bersama-sama.
Jangan tinggalkan saat si dia berduka. Sumber : Google
So girl, lala rasa setakat tu je yang boleh dikongsi.
Perlu diingatkan, tak semua lelaki sama dan tak semua lelaki memerlukan sifat di atas tapi kebanyakannya suka.

Apa pun jangan jadi hipokrit untuk memuaskan hati pasangan kita. Be yourself but some changes need to improve yourself (ececeh..ntah betul ke tak ayat aku. ada aku kisah)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 12, 2012

Oblong Hangus

"Apa bau hangit ni..??"

"Eh bau ape ni..? Macam bau hangit je..."

"Kuatnya bau ni... Bau hangit. Mana datangnya ni.."

Lalu bos pulak yang bertanya,

"La, bau apa ni? Macam hangus..."

Menjawab tanpa confident..

"A...a....tu macam bau hangus..da...dari..dari apa tu... Ala dari microwave...."
Dalam hati memaki diri sendiri....

Bos berlalu dan terus masuk bilik dia..
Sayup-sayup dengar dia bertanya pada budak lelaki dalam sana.

"Wei korang ada terbau hangus tak..? Macam bau makanan overcook.. Kuat bau dia kat pantry..."

Bla..bla..bla...

Seorang engineer sedang lalu di depan bilik sambil mengomel..

"Smell like hanguslah..Whats that..."

Seorang lagi engineer terus melulu masuk pantry. Kedengaran seperti microwave dibuka dan..

"Oh..ada someone yang overcook.. Hanguslah tu.."

Dalam bilik sambil mengurut dada dan buat muka pelik.
Dalam hati berkata "Ish sudah-sudahlah tu. Kalau dah tahu bau hangus, janganlah nak kecoh-kecoh.. Aku cepuk kang.."

Ain masuk bilik untuk asah pensil.

Ain : Ada someone masak hangus kat pantry..
Lala : Oh yang tu saya panaskan daging..
Ain : Ohhh....daging ila hangus ek.. (sambil tersenyum kambing)
Lala : Eh taklah... Kan dalam microwave tu ada sisa-sisa makanan, itu yang hangus..
Ain : O...yeke...

Ain berlalu pergi...

Tulah siapa suruh tekan 20mnt kat microwave tadi. Kan dah hangus..
Giler ko, daging oblong aku masak tadi macam arang. Berasap pantry. Berpeluh aku, kelam kelibut aku keluarkan daging/arang.

Citt memalukan.. Kalau toreh muka aku tadi, sure takda darah. Pucat!
kecoh kt control room ni...

Nasib baik Ain je tahu tp ain tak tahu cerita sebenar.
Makcik cleaner tadi nampak berasap tapi aku cakap, "takda apa-apa makcik. OK ni.."
Makcik jangan bagi tahu siapa-siapa yea. Nanti saya belanja oblong double ek ;p

Aku tak tahu motip letak pic ni.... sumber gambar : encik google
p/s : Dah puas aku sembur perfume aku. Minta-minta hilanglah bau hangus ni.Dah jangan kecoh-kecoh lagi, bau dah nak hilang ni...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 8, 2012

Sikap Perempuan Yang Lelaki Tak Suka

Sebenarnya ada beberapa sikap perempuan yang lelaki tak suka.
Apa yang cik lala senaraikan kat bawah ni cuma beberapa kerat je.

Perempuan kena tahu sebab perkara ni yang buat lelaki tak suka dan malas nak layan.

Membebel/Berleter

- Memang tak dinafikan berleter salah satu cara untuk mengurangkan tekanan/stress untuk perempuan tapi apakan daya kebanyakan lelaki sangat tak suka perempuan membebel (talk to my hand). Kalau boleh perempuan kena kontrol kemarahan/mood yang meluap-luap untuk membebel.

Take 2mnt and set in your mind "LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN MEMBEBEL" so untuk apa aku membebel kalau dia tak suka. Elak laki akan angkat kaki lambunglah.. Blah dari terus dengar bebelan.... tak pun temperature dia pulak naik.
Ha..amekaw...syaitan bersorak sebab dua-dua angin 1badan. Terus bergaduh...Bertumbuk..(tak mungkin)

So cari alternatif lain.
Berbincang!
Cari masa sesuai, ajak suami/kekasih berbincang tentang ketidakpuasan hati korang.

Time tu luah apa yang tak kena/perkara yang mengganggu emosi perempuan yg sememangnya beremosi..

Tapi kalau korang (perempuan) tetap nak membebel, tunggulah suami takda kat rumah. Membebel sorag-sorang (gilo).

gambar dari encik google
Mengkritik/Bersungut

- Cubalah kurangkan sifat pengkritik dalam diri masing-masing. Janganlah berangan nak jadi juri mentor pulak. Mentel laki korang dibuatnya.

Kalau tengah makan kat luar, jangan dok asyik komplen masakan yang korang makan. Komplen itu masin, ini tawar, itu manis, ini mentah.

Ya korang ada hak sebagai pengguna tapi bukan depan laki korang bersungut.
Pergi panggil tukang masak (kalau berani), cakap kat dia. Komplen kat dia. Baru betul!

Pernah baca tak dekat sesetengah kedai makan dia letak kata-kata lebih kurang macam ni "KALAU SEDAP BAGI TAHU KAWAN, KALAU TAK SEDAP BAGI TAHU KAMI"

So nak kritik/bersungut biar bertempat. Lelaki cepat rimas.

Kuat Merajuk/Mudah Nangis

- Adui lomah den dongan pompuan camni ha...
Tak boleh salah sikit, merajuk! Kang tarik muncung panjang, jeling macam nak terbenam mata tu. Kena sound sikit, nangis! Kena tegur sikit, nangis.

Bagi cik kalau selalu sangat merajuk/menangis, tak cun. Tak nampak mahal.
Tengok lelaki, bila dia nangis nampak 'mahal' (jangan nak bangga sangat ye lelaki).

Jangan jadi terlalu 'murah' dengan air mata. First time perempuan menangis, memang lelaki gelabah tapi bila dah selalu sangat, dia naik menyampah (sorry to say).

Macam tu jugak bab merajuk. Lelaki ni dia sifat penyabar dia tak macam perempuan. Jangan sampai 1tahap, bila perempuan merajuk lelaki takkan pujuk. Dia jadi malas/muak..

gambar dari encik google
** Apa yang cik nyatakan kat atas tu berdasarkan pengalaman dan pergaulan. Kebanyakan lelaki sebenarnya tak complicated macam perempuan. Diorang sangat simple dan tak suka perbalahan/pertikaian.

** Cik juga perempuan dan bukan niat nak menghentam sesama perempuan cuma pengetahuan untuk dikongsi. Supaya kita makin disayangi dan disenangi oleh pasangan kita.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 6, 2012

Tarikh Hari Ini

Cik tengok tarikh hari ni...
06.06.2012
Ulangtahun perkahwinan arwah mak ngn ayah yg ke-42

06.06.06
Kali terakhir mak dengan ayah sambut ulangtahun bersama-sama.
Time tu ayah bagi tahu mak yang mak 'kekasih awal dan akhir' ayah.
Lagu Jamal Abdillah yang selalu ayah nyanyikan tu untuk mak...

Mak cakap kat ayah yang mak tak mampu hidup tanpa ayah. Mak tak tahu macam mana hidup mak nanti tanpa ayah.... Ayah cuma tersenyum. Malam tu kami bergurau anak-beranak.
Seronok, nampak bahagia sangat.

Ayah sempat mengusik anak-anak dia.
Ayah kata anak ayah si izzah cantik.

"Lawa anak ayah ni rupanya walaupun bibir tebal"
(selalunya izzah memang kene ejek je sebab bibir dia tebal tp mlm tu ayah puji)

Malam tu ayah memang sihat tp.....

15.06.2006
Ayah pergi sarapan kat kedai makan tempat kami tinggal.
Balik dr kedai makan, kami perasan muka ayah nampak pucat.
Ayah bg tahu perut ayah sakit.

Kami bawak ayah pergi klinik, doktor bg tahu ayah ependiks so doktor suruh pergi hospital. Ayah taknak sebab ayah takut hospital sebenarnya. Tapi bila abang ayah (ayahuda) pujuk barulah ayah pergi.

Cik ingat lagi time tu ayah pakai seluar slack hijau lumut,. Seluar tu koyak tp ayah kata biar je.

Petang tu ayah pergi hospital dengan mak, izzah dan jiran kami.

Maghrib tu izzah kol cik, dia bagi tahu ayah koma.
Ya Allah....

Malam tu cik, izzah dan bangchik temankan ayah walaupun kami bertiga tak boleh duduk tepi ayah kat ICU. Ayah terkujur, diam tapi ayah menitikkan air mata bila cik bercakap dengan ayah.

"Ayah, la datang ni. La,izzah, Bangchik jaga ayah. Ayah, kuatkan semangat ye. Ayah kena kuat. Kami semua tunggu ayah."

"Ayah bangun yea.... Ayah kata nak tengok la konvo... La baru je habiskan 1sem ni.. Ayah kena bangun...."

Cik bercakap dengan ayah, genggam tangan ayah, cium pipi ayah tapi ayah tetap kaku. Ayah cuma mengalirkan air mata...

16.06.2006
Ayah pergi tinggalkan kami. Tinggalkan mak....

Mak sedih, merana bila ayah takda.
Kadang-kadang mak termenung...menangis...
Mak kesat air mata....tp air mata tumpah lagi..

Selalu mak bagi tahu kami yang mak rindu sangat dekat ayah, terlalu rindu....
Kdg-kdg mak kata, mak akn bercakap dengan gambar ayah..
Mata ayah seolah-seolah pandang mak dan paham penderitaan mak...

Ayah pergi terlalu cepat kami rasakan.

Dan tahun lepas mak pula tinggalkan kami.

Terasa baru semalam ayah..mak...bergurau dengan kami....
Ya Allah rindunya aku pada mereka....

Al-Fatihah buat ayah (ISMAIL BIN TONGAH) dan mak (ROHMAH BINTI SAHLAN)

Ya Allah, janganlah Kau sakiti mereka... Temukanlah mereka sehingga di syurga.
Terangilah kubur mereka dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Amin.......


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 1, 2012

Petua Jaga Berat Badan

Assalamualaikum wb
Hai korang..
Dulu cik lala pernah kongsi pasal PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN.
Ok. Bila berat badan dah turun, korang kena maintain/jaga berat badan tu right?

So kali ni cik lala nak bagi tahu beberapa petua untuk jaga berat badan.

Jangan/elak minum air sejuk/ais/bergas
Apa yang cik lala tahu, tabiat minum air sejuk ni menyebabkan 'susah nak kurus'. Salah satu sebabnya air sejuk/berais membekukan bahan berminyak dari makanan yang kita makan. Lagi pun air sejuk membuatkan perut buncit!!

Jadi kalau boleh elakkan pun dah cukup baik. Let say korang pergi makan kat fast food, korang minta air without ais. Kalau makan kat gerai, try order jus oren suam. Perghh...sedap. Masam, manis, suam... Takpun order teh O laici suam.

Lagi satu kena ingat, minum air hanya sebelum atau selepas makan. Jangan makan sambil minum.

Elak/kurangkan fast food
Makanan segera memang sedap tapi banyak lemak/kolestrol yang tak baik untuk kita. Kalau boleh kita kurangkanlah.

Nak diingatkan juga pada sesiapa yang suka makan ayam goreng yang dijual kat pasar malam. Ingat, biasanya mereka guna minyak yang dah digunakan berulangkali. Cuba sukat banyak mana lemak/kolestrol yang ada. So kurangkan kalau mampu. Goreng sendiri kat rumah lagi bagus. Esok-esok cik kongsikan pula resipi ayam goreng berempah ye.

Sebenarnya ada banyak lagi petua nak jaga berat badan ni tapi bagi cik lala, yang dua ni pun kira ok kalau kita dapat elakkan atau kurangkan.
Kita jaga berat badan ni bukan saja untuk kecantikan/keyakinan tapi untuk kesihatan kita jugak.

Kalau korang rajin boleh amalkan petua yang ni UNTUNGNYA 100 LANGKAH


Pada yang belum kahwin, time ni lah nak jaga berat badan korang. Nanti time wedding boleh pakai baju cantik-cantik, bergaya dengan dress impian korang.

Pada yang dah berkahwin, lagi-lagi yang dah beranak pinak... Time nilah kena jaga betul-betul sebab nak tambat hati suami. Nanti bila pakai dress seksi-seksi depan suami, dah tak malu sebab body lawa. Dapat juga nasihat anak-anak dari awal. Tak salahkan amalkan gaya hidup sihat.


p/s : Bab makan ni memang susah kita nak tinggalkan, lagi-lagi dah jadi tabiat. So apa yang mampu kita elakkan walaupun kadang-kadang tak dapat nak elak.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

May 31, 2012

Puji dan Keji

Biasanya apa yang berlaku depan mata kita..
Apa yang orang akan cakap tentang perempuan cantik/cun dan lelaki kacak (handsome).

"Pergh...cun siot awek tu. Lawa betul..."

"Cantiknya cikgu Bedah. Putih, gebu pulak tu..."

"Adik perempuan si Kamil tu cantik giler. Semalam aku nampak kat pasar."

"Kau tahu tak senior kita tu, alah si Leman. Handsome dol. Kau tengok mata dengan hidung dia, macam pelakon Korea...."

"Aku sukalah tengok cikgu matematik kita tu, handsome. Muka dia macam baby face.."

Tapi...

Apa yang orang akan kata tentang perempuan/lelaki yang kontra (berbeza) dengan si cantik dan si handsome tadi.

"Aku tak suka tengok hidung si Minah. Dahlah besar, kembang macam serombong kapal..."

"Ko tengoklah si Tam tu, tak padan dengan hitam.. Ada hati nak ngorat aku. Dia tak sedar ke yang dia tu hitam, muka tak boleh blah.."

"Budak perempuan Blok D tu gemuk betul. Muka bulat, jalan pun kengkang. Hahahhahaha..."

Mulalah buat perbandingan.
Time tu buat perbezaan antara A dan B.
WTF (Wat The Fish)
Cik tak suka betul bila kata-kata berunsur negatif yang keluar bila sesetengah orang ni seakan-akan 'sakit' bila tengok orang lain tak kena pada pandangan mata diorang. (paham tak maksud cik lala ni)

Senang kata, orang mudah kutuk/keji/hina dan pertikaikan.

Sebenarnya ada lagi yang tak sedar.
Bagi cik lala,
Bila orang puji kecantikan seseorang, bermakna dia memuji ciptaan Allah. Tapi...
Bila orang tu hina rupa paras/fizikal orang lain bermakna dia hina ciptaanNya.
Astaghfirullahalazim...


Mungkin dalam diam mereka ni sebenarnya tak perasan/tak sedar apa yang dikutuk (mengutuk rupa paras/fizikal) tu adalah sebaik-baik kejadian.

Pendirian cik tetap sama macam entry sebelum ni "ADA KE ISTILAH HODOH"

So renung-renungkan.

p/s : Lain pulak alkisahnya bila seseorang itu dikutuk kerana mengubah ciptaanNya. Contohnya macam pembedahan plastik.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

May 30, 2012

Buku Nota Handmade

Idea ni timbul/terapung masa cik kebosanan. Time ni kat office memang takda keja. Boss lupa nak bagi keja agaknya (online mamanjang). Online sampai nak termuntah....
So untuk hilangkan bosan, cik buat buku nota dari "recycle paper".

Peralatan yang perlu ada :
- Kertas (terpulang nak pakai kertas A4 ke, recycle paper ke)
- Gunting
- Penebuk Lubang Kertas (Puncher)
- Paper Clip File (rujuk gambar kat bawah ye)

1. Mula-mula lipat A4 paper kepada dua bahagian (supaya ia jadi saiz A5). Guntingkan.

Nak size ape pun ikut korang.
2. Lipat sehelai A4 warna dan guntingkan untuk dibuat sebagai cover buku. Kalau nak tebal, cari kertas kalendar meja atau apa sahaja yang keras. Ikut kreativiti masing-masing
Ikut selera nak warna apa
Lipat pada 2 bahagian
3. Tebuk Lubang pada bahagian atas seperti gambar di bawah ni.

Letak kertas warna di bahagian atas dan bawah

Tebuk bahagian atas
4. Masukkan paper file clip. Tadaaaa.... dah jadi pun.


5. So untuk mencantikkan buku nota tu, korang kenalah create sendiri. Contohnya macam ni :

This is my note ; )
Ni gambaran bagi bahagian belakang buku nota korang

Siap ada No.ISBN bagai...hahahaha..ikut koranglah nak bubuh apa pun.
Tengok siap ada nombor ISBN kat belakang buku nota. Huhuhu..
Gud Luck yea.


p/s : Kalau rajin, buat banyak-banyak bagi kat anak-anak/anak buah korang. Mesti diorang suka. Boleh buat BIODATA (tetiba teringat pasal biodata masa sekolah dulu-dullu)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

May 28, 2012

Tips Pikat Suami

Tips pikat suami ni tak semestinya orang yang dah kahwin je boleh baca/tahu, yang belum kahwin pun digalakkan ambil tahu. Esok-esok dah kahwin senang.

Arwah mak pernah kata salah satu cara untuk kita pikat suami adalah bahagian perut dia!!

Nah..tengok perut suami masing-masing. Tenung lama-lama.
Tengok perut dia...Pusat dia...
Eh..nak buat apa?
Tak buat apa pun. Tengok je. Takda kena mengena nak pikat dia pun.

Sebenarnya kita kena pikat selera dia.
Yup masak untuk suami.
Ikat tekak dia, ikat selera dia dengan air tangan kita sebagai isteri.

Yang ni cuma salah 1cara untuk pikat suami.

Kenalpasti selera suami, masak makanan kegemaran dia.
Biar dia berselera tiap kali makan  masakan kita.
Kalau tak tahu masak, belajar dari sekarang.
Belajar sampai teror.

Cik masa sebelum kahwin memang tahu masak cuma tak sedap.
Cik bagi tahu bakal suami awal-awal yang masakan cik tak sedap.
Tapi dia kata takpa asalkan cik masak. Dia kata mula-mula memang tak sedap tapi kalau lama-lama boleh jadi tukang masak.

First time sang suami merasa masakan cik, dia puji.
Time tu cik masak ayam masak asam (arwah mak selalu masak sebelum ni).
Dia kata masak asam cik sodap..hahahaha..masam,pedas semua ada (cit dah macam jurilah pulak).
Terharu dalam hati. Wah tak sangkanya cik masak sedap (puji itu harus).

Dari sehari ke sehari cik masak, masak, masak, masak untuk suami.

Kadang-kadang dia suruh masak lebih untuk kawan-kawan dia kat tempat kerja so cik masaklah lebih. Paling terharu bila kawan-kawan dia puji dan suruh masak, masak, masak, masak lagi.. hehehe.. Suami dengan kawan-kawan dia suka cik  masak nasi lemak dan ikan keli masak lemak cili api.

So sekarang ni cik dah pandai serba sedikit masakan kampung. Memang kene je dengan tekak suami.
Dia rajin beli barang dapur sebab dia suka cik masak.Alhamdulillah.

Cik lala pernah dengar ceramah pasal masak ni.. Dia kata time masak kita baca Ya Latif (يا لطيف)
Tiap kali kita tumis, masak, kacau, kita zikir. Kita kacau masakan kita tu 'lawan arah jam' sambil zikir.
Katanya zikir ni zikir penyayang, mampu menambat selera siapa yang makan. Wallahualam.

 p/s : time masak jgnlah bad mud, nak marah-marah. Nak masak untuk suami kan kenalah senyum. Barulah masakan kita sedap, org pun berselera.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

May 4, 2012

Sikap Suka Tangguh

Sikap Suka Bertangguh..?
Contoh paling senang bab solat.

Situasi :-
Time syiok online, azan berkumandang.
Dah azan ni tapi dlm hati kata :

"Kejap lagilah. Baru azankan.."

15minit berlalu
"Ala belum setengah jam pun. Rilekslah..awal lagi."

Tahu-tahu dah 45minit berlalu
"Ish..jap-jap. Best pulak baca belog sepolan ni. Kelakarlah. Ha3"

Gelak mengekek-ngekek jumpa belog lawak. Baca-gelak-baca-gelak-giler!
(betollh orang kata gelak ni kena agak-agak jangan sampai lupa dunia)
Lepas 1belog,1belog merayap.
"eh, aku nak buat apa tadi ye. Kok kelupaan. Tengok jam. Tetiba........
Allahuakhbar.... Astaghfirullahalazim...

SOLAT!
mcm mana aku boleh lupa?"
(blh tanya lagi macam mana boleh lupa? )

Kalau ikutkan, solat mudah je. Ada orang kongsi secara matematiknya dikira begini :

Solat 8-10mint (plg minimum) x 5kali sehari
= Tak sampai 1 jam pun sehari.

Tapi kenapa bila online sanggup berjam-jam sampai mata naik lebam.
Silap sebab suka bertangguh!
Kita memang sedar cuma dari sekarang ubah sikap tangguh menangguh ni.

Dulu arwah ayah selalu pesan..

"Pergilah mandi, bersihkan diri dulu. Bersiap sedia sebelum azan. Sementara tunggu azan, boleh mengaji ke zikir ke.......Dah azan boleh terus solat."
"Kalau tengah takda keje, tak payah tunggu azan habis baru nak bangun bersihkan diri segala bagai. Karang boleh jadi malas..."

Memang malas pun nanti. Tu yang selalu keluar ayat..

"jap..5 minit!"

"ok. Jap!"
(dah ok, kejap pulak)

Mesti ada perkataan kejap.
Kenapa bukan sekarang? Kenapa perlu kejap..?
Apakah alasan? Apakah urusan?

Masa ada arwah ayah mak dulu, selalu tunggu diketuk baru jalan.
Penat dah orang tua tu membebel, tazkirah tapi anak dia tetap kejap.
Berapa kejap yang ko minta?
Sedar tak, kejap tulah yang menangguhkan korang.

Apakah kita mampu kata kejap bila ajal tiba??
Apa pun dah tak mampu.

Cik memang tak reti nak hujah. Cik cuma boleh ingatkan diri sendiri dan siapa yang suka diingatkan. Cik ubah diri cik mana yang tak berapa nak kena. Nak buang sikap tangguh ni.

Memang sangat-sangat diakui, kita mampu leka online sampai berjam-jam.
Lupa solat, makan, tido....
Indahnya online. Seronok dapat gelak ketawa tengok belog-belog lawak. Seronok dapat chat dengan kengkawan kat FB, Twitter bagai... Senorok dpt window shopping dgn butik online. Seronok download resepi. Segala mak nenek yg korang online ni kadang-kadang melekakan.
Akhirnya yang wajib tadi tertangguh.

Dah mcm rupa beruang panda yang kurus tgh online ;p

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Apr 4, 2012

Angry Bird

MotiP kaki...?
Motip hari ni is DIAM.

Radhi a.k.a Baby Makndak
Yang ni ANGRY BIBIRD ;p

Apakah...?
 Eh yang belakang tu (abg bulat).
Transformers pun nak angry gak ke...??? Silap bajulah abg bulat!
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Apr 1, 2012

Syok Sendiri

Syok sendiri bila di 'MUKA BUKU / FACEBOOK'

Hakikat!

Siapa? Ish..bukan saya..
Sapa nak mengaku kalau kentut dalam bas kan.
Cik dah cukup meluat tengok post-post kat FB yang macam *&^%$#@! (mood nak muntah)

Contoh paling SYOK SENDIRI is :

Ko post, Ko like, Ko komen. kfine.
Kalau macam tu ko private kan FB ko hanya untuk ko seorang.
Masalah kau sekarang is ko always like that. Boleh kata semua post ko, ko like and komen sendiri. wat the fish macam tu. Muallah cik tengok post-post ko yang bersepah.
Perbuatan ko ni cik ibaratkan SYOK SENDIRI.
Post tak sampai seminit then komen sendiri. Hahaha Kelakau.
Mujurlah ko orang yang kukenali so cik tidak boleh remove ko, cik hanya mampu sorokkan post-post konyol a.k.a poyo ko.

Itu belum termasuk gambar-gambar yang setiap saat diupload. Up To Date FB konon-kononnya. Uwek !@#$%^&* (Maaf termual pulak)
 Kalau boleh time masuk toilet pun nak "check-in" (publish) kt FB.

Sudahlah wei. Cik dah hidden benda merepek korang tu. Nanti kalau cik rindu korang, baru cik jenguk FB korang ye. Huhu...

nota kaki : FB cik semua yang cik kenal. Kawan-kawan, sedara mara dan sesiapa yang kukenali sahaja so tidak boleh meremove mereka sewenang-wenangnya. Mujur!
Maaf kalau ada yang terasa ;p
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Mar 31, 2012

Header Bogel

Yup! See my header...
Tak nampak bogel ke? Ke tajuk tu macam zalim sgt (apa da zalim)

Cik saja je nak buat header transparent. Serius cik tak reti so cik google dan jumpa beberapa tuto yang berguna cuma cik tak berapa nak study. Mata asyik asyik asyik tengok Izzara Aisha kat TV3 la ni.

Tengoklah bila rajin cik edit header baru.
Saya tak teror...
Ini header bengong-bengong yang cik edit dolu-dolu

Penting ke header? Penting!
Itukan "first impression" bila orang datang belog kita (pendapat bagi cik lala)
Cik tak mahu header yang sarat sangat. Cik suka yg simple je wokeh.
Dan hasil malam ini sangat simple dan bogel. Hehehe....
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

April Fool

"Oh lagi berapa jam je nak sambut april fool.."


"Siaplah siapa yang kena fool dengan aku esok.hahahaha..."


"Seronoknya esok april fool!!"

"Ala...april fool je pun. Bukannya apa. Niat saya cuma bergurau, takkan tak boleh..?"


Mungkin itu antara reaksi mereka yang teruja untuk sambut APRIL FOOL.
Apa yang seronok, teruja sangat dengan April Fool???

- Seronok gelakkan orang?
- Seronok tipu orang
- Seronok kenakan orang lain?
- Senorok tengok orang terkejut dengan 'fool' korang tu?


Tak kisahlah ape pun niat korang tapi dah sahih benda ni bukan budaya kita, bukan cara kita. Masih tak sedar ke dengan 1 lagi budaya yang boleh merosakkan akidah?
Dalam Islam memang dah terang-terang melarang menipu, menganiaya, mengaibkan orang lain. Memang perkara ini ditegah tapi . . . .
Kenapa masih ada yang ingin sambut APRIL FOOL?
Jangan dilayan APRIL FOOL !!

Bagi cik lah kan, Siapa yang sambut ni memang #@%^$&^*$#!
(dah habis kasarlah bahasa cik tu)


Zaman sekarang ni maklumat semua dihujung jari. So kepada mereka yang nak sambut APRIL FOOL yg BLADIFUL ni sila lah google dulu. Cari maklumat yang sahih tentang hari fool yang korang nak raikan sangat ni.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Mar 28, 2012

Gambar Tanpa Cerita

Bukan senang nak jadi senang . . . . . 

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Mar 25, 2012

Tiada Tajuk

Entri ni memang takda tajuk sebab cik lala pun tak tahu nak bagi tajuk apa.

Cik Lala hanya mampu tegelak sorang-sorang.

Cik ada attach gambar anak buah cik  Radhi Arif a.k.a Baby Makndak, Abg Bulat dengan Kak Ngah.

Gambar ni di tag oleh adik cik, Izzah kat FB tadi.

Baby makndak, apa kau lakukan ini. hahahaha..terasa ingin jentik je.

Mampukah?

Gaya memang tak boleh blah.
Aduh, rindu bertandang.
Rindu Makndak kat koranglah.
Macam-macam anak menakan cik ni.
Comel dan Sweet ;)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Isnin

Isnin yang malas.

Mood on Monday

Oh pasti pagi isnin akan menjadi blur melihat kertas-kertas, fail-fail, papan kekunci, monitor, mesin fotostat dan segala mak nenek yang tidak ada mood kegembiraan.

Oh pasti menguap menjadi rutin di awal pagi. Menung pandang meja yang tidak bersuara.

Time pagi-pagi isnin terbayangkan tilam, bantal, kipas, tidur. oh tapi sampai bila mahu tidurkan.
Rezeki perlu dicari so korbankanlah hari Isnin ini.

Oh betapa banyak oh. Oh, jangan mengeluh.

Ayuh dayung perlahan-lahan. Pasti hujung minggu akan menjelma lagi. O yeah......
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Mar 21, 2012

Gadis hilang di Kuantan Ahad lepas mangaku tidak diculik

Wat The Fish..????!!

Anak-anak...alahai...
Kenapalah buat cerita bukan-bukan ni.
Kesian mak. Malu mak hang anak oi...

Kalau lari, kata lari...
Ish..sudah!
Tak mahu komen lebih-lebih.

Sendiri baca, sendiri pikirlah ye.
Hurmm....


myMetro | Gadis hilang di Kuantan Ahad lepas mangaku tidak diculik: Polis
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Mar 9, 2012

Mari Join Contest

Ada apa dengan contest dan segala mak nenek tu.

Adalah benefit dia makcik dan pakcik oi.
Lagi-lagi contest untuk promote belog kita yang tak popular ni (giler publisiti ker).

Hahaha..gimik je lebih. 5mnt je siapkan hantu kat atas ni.
Sebelum ni memang tak dinafikan cik ada gak join contest. Mula-mula sekadar cuba try test.
Lepas 1contest, 1contest lagi.
Lama-lama cik lala dah nampak track dia kat situ. ok.
Untung dua-dua belah pihak bagi sesiapa nak ramai follower mungkin.

Bab ni tak payahlah kita pertikaikan sangat ye. Lain orang, Lain cara. Lain cara, Lain pulak gaya.
Selagi apa yang diorang buat tak mengganggu hak asasi kita dahlah.

Terpulang niat masing-masing untuk berbeloging ni.
Happy belog deh.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Untungnya 100 Langkah

Giler tak untung ni . . . . .

"100 Langkah selepas makan dapat menghadamkan makanan yang baru dimakan dan mengelakkan KEGEMUKAN">


Dengar je " MENGELAKKAN KEGEMUKAN" terus cargas.

Cik dengar petua ni dari zaman dulu kala dan kongsi dengan arwah mak.
Mula-mula memang semangat.

Siap je baca doa lepas makan terus bangun. cargas..cargas...!!
Pergi sinki, letak pinggan dalam sinki (kalau rajin, basuh pinggan).
Lepas tu terus tak duduk langsung sampailah 100 langkah.

Cik Lala Jalanlah...
--> Jalan kat serambi --> Ruang Tamu --> Dapur --> Bilik
(Tak payahlah nak kira sebijik-sebijik langkahnya. Agak-agak je)

Kekadang macam malas (memang malas). Lepas makan terus baring depan TV. Nikamt!
Mak sindir 
"Hai lajunya. Bukan kene 100 langkah dulu ke...?"

Aku sengih

Mak..aduh rindunya kat mak. Kami memang minat petua dan suka amalkan sebab tu banyak petua yang kami kongsi.
'Mak dah takda, La kongsi petua ni dalam belog ye mak'


Al-Fatihah buat mak ayah (ROHMAH BINTI SAHLAN & ISMAIL BIN TONGAH)

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Membuat Table Pada Entry

Cik LaLa dari hari tu nak try buat table dalam entry.



MotiP..??? Saja-saja je.

Geledah punya geledah, jumpalah tutorial kat SINI



MotiP gambar ni ialah bentuk kotak-kotak. Hitam tu sebab adik-adik cik tak bertudung. hehe...


Lah senang je rupanya. Jadi pun. Jakun
So lepas ni akan banyaklah entry cik yg berkotak-kotak macam ni (rajin pulak ko nk post entry bebanyak cik lala oi)

Cik Lala memang dah lama ada blog tapi masih banyak benda yang tak tahu pasal blog ni.
Tengs kat korang yang banyak buat tuto pasal belog bagai.
Tapi serius, umur kecik-kecik lagi dah teror giler buat tuto. Syabas!

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Mar 7, 2012

Makan Depan TV Jadi Gemuk

Makan depan TV boleh menyebabkan kegemokan...??

 Ayok...ayok..ta tayok...
Gelabah!! lg2 orang pompuan ni (sorry to say). Pantang GEMOK!!! Alergi giler dgn perkataan ni.

Hadoi, gemok je pun. Ape ade hal. Lemak lebih siket je. Kaya lemak woo (think positiP)

Arwah mak pesan kt cik dulu.
Time ni cik tgh dok mkn dpn TV (mmglh dok, xkn mkn berdiri lak).

"La..tak baik makan sambil tengok TV.."
 "Kalau mkn tu cube dok kt meja mkn ni. Karang-karanglah tengok TV..."
"Ko tahu x kalau mkn sambil tengok tv boleh GEMOK!!"

Aku pelik!
Tak baik mkn - tgok tv - GEMOK. Apa dalilnya..??

Yelah..tgok TV kita kusyukkn so kita mkn tanpa sedar. Tahu-tahu pinggan licin, tulang belulang hbs dikonyah dan ditelan!!!

Nk plak tgok sinetron (ala citer indon lg)... Kena lg tgok Bole churiya.. Hindustan (Wah..tangkap leleh). Time ni mmg mata tertancap kt screen TV tp tgn still menyuap makanan kemulot. Ngap..ngap..ngap... dh tiga pinggan habes..!
Giloss...!!

Kalau tiap kali mkn aku bedal 3pinggan, mau nk bgn pn tak larat. Nk timbang pn takot penimbang pocah..bedorai..
ni kes cik lala makan sambil on9. ntah ape2 yg aku bedal pn xperasan...

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Feb 26, 2012

Cara-cara Remove Memori Dari Ingatan

Tutorial ni khas buat sesiapa yg nk remove memory dlm pale otak dorang yg dorang dh tak mahu. Contohnya :


- Putus cinta..? Ni kira frust tahap dewalah... nk lp kan gf/bf memasing.
- Berlaku sesuatu kejadian yg memalukan sampai xmo keluar umah.
- Terjadinya peristiwa hitam (tetumpah ink hitam kt baju ke. eh kesitu lak)
- Adanya kisah-kisah sedih yang membuatkn dia asyik3 menangis.
- Atau apa -apa menda yg korang nk remove.

Cara-caranya :

- Minum air @ makanan yg penuh dgn semut (org kata kalau mkn benda bersemut, cepat lupa)

- Pandang cermin dan kata kat diri sendiri "Apelah bijak sgt aku ni... Mana boleh nk remove memory dr kpala otak. Ingat otak ni mcm PC ke wei.."

 Hadoi korang pun same.
Yok-yok je nak tahu. Padahal mana ade cara nak remove segala bagai tu.

Nasihat cik..
Jadikan kisah tu semua sbg pengajaran buat korang lalui hari-hari mendatang (ayat nk puitis..puii..!) Syg wei nk remove semua kes-kes kat atas tu. Menda ni lah yg akan buat korang jd matang.
Bila dh tua (ckp mcm dia tua sgt) nti, bila dok sorang2 dlm keadaan waras (berwuduk kalau boleh. ape kes), korang pasti tergelak dan rindu saat2 tu..
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Belog Cik LaLa