Jun 27, 2012

Tupperware

Siapa tak kenal jenama tupperware..?
Eco bottle yang aku ada kaler hijau. Gambar ni aku rembat kat en tupperware
Aku..?
Ye...tu dulu tapi bila dah masuk dunia pekerjaan, sedikit demi sedikit aku mula terjebak...

Aku dulu tak minat dengan segala mak nenek tupperware ni.
Ada macam-macam rupa, bentuk, saiz, warna bla..bla...bla...

Pernah dulu Kak Shira (nama sebenar) kakak kat tempat keje lama cakap,

"Sekarang kau bujang, memang tak heran tupperware ni. Tunggulah kau dah kahwin esok, sibuk nak tengok katalog. Nak cari bekas untuk cili bawanglah, bekas beraslah....."

"Kak Shira ni nak beli tupperware kena sorok dari suami akak. Kalau dia tahu mesti bising.Kat rumah tu memang dah banyak tapi bila tengok ada yang baru, mesti nak beli. Geramlah tengok tupperware ni.."

Kat Office lama aku memang kencang giler pasal ni. Sampaikan ada gak dealer laki orang. Bos-bos perempuan pun meniaga tupperware jugak.. (untung ke meniaga tupperware ni)
Sungguh...Tsunami Tupperware kat sana.

Yang staff laki sibuk nak tengok katalog gak sebab nak belikan untuk bini (sungguh baik dan sportingnyer), yang bujang sebuk cari Eco Bottle bla bla bla...

Kat sini pun tak kurang hebatnya...
Lelaki jual tupperware dah jadi perkara biasa (advance lelaki sekarang ek).
Tanya je siapa jual tupperware...? Bersepah...

Aku bab nak jadi dealer ke apa ke memang malas nak layan. Kalau rasa nak beli, order je kat diorang.


nota kaki : Tapi serius, eco bottle tu memang comel. laki perempuan guna pun takda hal. Tupperware ni mengancam sebab color dengan design dia. Berkualiti... Terbaikkkkk....
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Petua Kuruskan Badan

Assalamualaikum wbt

Dengan pantasnya jari jemari ni menaip petua untuk kuruskan badan.
Petua ni direquest oleh M Fizan.
Selalunya petua ni diamalkan oleh perempuan yang dalam pantang.
Petua ni mampu membuang angin dan lemak yang tak berguna dalam badan.

Cara dan bahan yang sangat mudah.
Sumber : Google
Ambil beberapa asam keping dan beberapa hiris halia (kalau nak tumbuk je halia tu pun boleh).
Rebus bahan tadi bersama dua gelas air.
Biarkan mendidih sehingga air tadi tinggal segelas. Faham tak..?
(Didihkan air sehingga air tadi jadi kurang. Kalau didihkan air secawan, biar air tu didih sehingga tinggal setengah cawan.)

Minum air rebusan tadi ketika suam.
Seelok-eloknya minum di awal pagi dan waktu malam.

InsyaAllah akan ada perubahan.
Kalau badan banyak angin, bersedialah...anda akan selalu sendawa dan terkentut.

Petua ni my kakak (kak yong dan kak lena) amalkan tiap kali berpantang dan masa tu jugaklah aku akan tumpang sekaki... Badan memang nampak kurus.
(Time pantang kakak aku rebus seperiuk yang saiz sederhana tu.. Dia minum selang seli dengan air masak)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 26, 2012

Tandas Bergerak

Tandas bergerak ...?

yang ni lebih mudah kan. Sumber : Pokcik google
Yup..tak tahu?? ok, sila tanya pokcik google.

Korang pernah guna tandas bergerak tak..??
Pernah? Sekali? Dua kali? Hari-hari..?

Apa rasa? Best tak..?
Aku cuma nak cerita tandas bergerak yang ada kat kawasan tempat kerja aku ni.

Aku kerja kat mana..?
Aku kerja dalam kawasan perindustrian yang agak dikenali buat masa ni..hahaha..
Keluasan kawasan sini sangatlah besar dan luas.
Memandangkan aku kerja dalam kawasan plant/production yang belum siap sepenuhnya so terdapat banyak tandas bergerak kat sini. Boleh kata setiap simpang ada.

Tandas ni digunakan oleh kontraktor-kontraktor Bangladesh, Indonesia, Nepal dan macam-macam lagi warga asing.

'Pekerja tak dibenarkan membawa kenderaan sendiri dalam kawasan plant melainkan kenderaan syarikat dan basikal yang disediakan'

Bilik aku nun dalam kawasan plant (Control Room aku dah siap sepenuhnya so memang pakai tandas tak bergerak). Kalau dari admin site lebih kurang 5-10mnt jalan kaki.

Tiap kali datang dan balik kerja aku lebih kerap jalan kaki sebab :
- Kenderaan syarikat terhad (Kadang-kadang tumpang orang)
- Buruk sgt kalau perempuan naik basikal. Terjongket sana sini. Haishhh...

Tiap kali jalan kaki aku akan melalui 3 4 simpang dan tiap kali tu jaga aku akan lalu depan tandas bergerak yang sangat ohsem ni.
Mana taknya pintunya selalu tak tutup rapat. Segala haruman dapat dihidu dari jauh.
Bayangkan tandas tu digunakan oleh beratus kontraktor dari pagi sampai petang. Padat dan pekat baunya ye...

Wah sangat indah berjalan kaki dipetang hari sewaktu habis waktu bekerja dengan keadaan badan yang letih sambil menghidu udara yang ohsem. Oh...!!!!
(waktu pagi takda bau sebab malam-malam dah servis)

Tu belum tengok dalam tandas tu yang berlumpur (bila lalu aku takkan pandang tandas tu, ngeri)

Ada pulak tu time aku lalu dok pura-pura belek tayar basikal sedangkan jelas niatnya nak masuk tandas..  (Malulah tu)

"Ala bang oi..masuk jelah tandas yang ohsem tu..kang ada lak yang terkucil dok belek tayar basikal.."
aku cakap dalam hati.

Bila aku toleh
Cusss...sekelip mata hilang dalam tandas..

Aku tak tahu nak salahkan siapa bila tandas bergerak dah jadi ohsem macam tu..
Sekurang-kurangnya tutuplah pintu tandas tu rapat-rapat.
Takdalah bau-bauan berlegar diruang udara.

Apa pun petang karang aku nak balik kerja akan berhadapan dengan si tandas ohsem...
dan pagi esok pun sama dan sampailah kawasan plant ni siap sepenuhnya..

nota kaki : bilalah kawasan plant ni nak siap. Kebas dah hidung ni...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 24, 2012

Petua Hilangkan Kelemumur

Assalamualaikum wb

OK. Izinkan lala kongsikan petua hilangkan kelemumur. Lala dapat dari abang cik lala (Ebeng). Masa lala kecil, abang selalu amalkan. La ni dah takda lagi sebab dia berimej baru (botak licin, seksi katanya).

Caranya ambil sebiji kelapa parut dan perah (ambil santannya sahaja).
Kemudian basahkan rambut dengan santan tadi. Sambil lumur santan tu, kita sental/tenyeh kulit kepala sekali (jangan kuat sangat , nanti luka pulak).
Sumber : Pokcik Google
Ambil limau kasturi atau limau nipis (lagi bagus).
Potong dan perah keserata kepala.

Ramas rambut sebentar sambil tu gosok kulit kepala dengan limau yang dah diperah (diingatkan jangan terlalu kuat, nanti pedih).

Dah siap?
Balut kepala dengan sehelai tuala kering.
Biarkan selamalebih kurang satu jam.
Selepas itu, basuh dan bilas dengan syampu biasa (Basuh dan bilas dengan bersih ye. Lebih-lebih lagi bahagian kulit kepala tu).

Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali/dua kali.
Lihat hasilnya.

Petua ni juga dapat menjadikan rambut lebih bermaya dan menghilangkan kegatalan pada kulit kepala. Rasa ringan je kepala...

Cik lala dah try pun, tu yang kongsi dengan korang.

nota kaki : Hampas kelapa tu jangan buang. Boleh guna untuk sental/gosok pada badan. Dapat buang daki dan licinkan kulit. Mesti cuba.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 23, 2012

Kalau Dah Bukan Rezeki....

Kisah ini diceritakan oleh adik angkat lala yang sangat muchuk dan suka bela kucing. Nama dia Fazila (nama sebenar).

Lapar benar ko ni encik kucing. Gambar ko ni aku ambil kat google.
Mula asalnya si dak Fazila ni lapar so nak makanlah, mengisi tangkinya yang boleh tahan hebat keluasannya (tapi lagi hebat tangki cik lala).
Dia pergi dapur. Dalam masa yang sama salah seekor kucing dia mengiau (kelaparan). Memang tak diam. Kucing dah laparkan, mana faham bahasa ibunda kita ni. Macam baby selagi tak dapat susu, menangis.

Dalam hati dia kata, 'kejap lagilah bagi kucing makan.'

Si dak Fazila ni nak pergi melantak dulu sebab lapar tahap gaban.


Cedok nasi...


Cedok lauk....

Ambil air secawan...

Duduk bersimpuh kat lantai dapur (memang anak dara kampung, sungguh sopan dan ayu).
Kucing tadi dok still mengiau dan duduk sebelah dia. Gesel-gesel kepala dia yang miang tu (nakkan perhatianlah agaknya).

Tapi dia buat tak nampak je sebab perut dia minta diisi dulu.

Baca doa makan....

Tangan kanan mula mencapai nasi yang berada di dalam pinggan lalu digaul bersama lauk yang menyelerakan.

Kemudian tangan diangkat dan menuju ke gua (mulut). Hehehe...

Zassssss.... (sadisnya bunyi).

Tangannyer tadi dicakar oleh kucing. Terlepas nasi di tangan sebelum sempat dimakan.
Dengan pantas dan tangkasnya kucing tersebut makan nasi yang bertaburan.
Habis yang dalam pinggan dah terkena sisa kucing.

Nak tak nak, bagi jugaklah kucing tu makan tapi dalam pinggan kucing.
Sesudah tu, barulah Fazila ambil nasi dan lauk semula dan makan tanpa kucing yang mengiau....

Begitulah ceritanya yang sadis.

Moral of the story :
Mungkin dah rezeki kucing tu kan, tak sempat nak jamah.

Arwah mak lala pernah cakap,
"Kalau dah namanya rezeki, dari dalam mulut naga pun boleh keluar..."

nota kaki : Lepas ni sila pastikan haiwan peliharaan korang diberi makan terlebih dahulu ye ;p
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 22, 2012

Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslaw dan Andhika

Siapa layan cerita kat TV3 'Dejavu Di Kinabalu'
Korang mesti tahu lagu ni kan..


Lala memang dah lama tak layan drama TV3 petang-petang tu.
Bukan apa, kadang-kadang balik kerja dah lewat so tak sempat nak tengok.
Tapi minggu ni balik on time, dapatlah melepak depan TV layan Aqasha dengan Tiz Zakyah. Best pulak cerita ni.

Lagu ni pun bestlah.... Melodi, lirik lagu butterfly ni memang kena sangatlah dengan emosi jiwang-jiwang ku ini..huhu...

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah


Bisa kurasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu


Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu


Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up false me and you


Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu......
Namun kutunggu..



Lirik lagu ni cik lala dapat kat SINI
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Sorok Menantu

Ini kisah tentang mertua yang sorok menantu dia nan satu ni...

Cik lala diijabkabulkan pada 27/01/2012 (Jumaat) dan majlis persandingan bagi pihak lala pada hari Ahadnya (29/01/2012).
Pada hari Selasa (31/01/2012) malam Rabu berikutnya, lala dan suami (en jawe) pergi rumah mertua kerana pada hujung minggu (05/02/2012) itu pula buat majlis di sana.

Sampai sahaja kat sana, rumah mertua dipenuhi dengan adik beradik en jawe dan beberapa orang saudara mara dia. Selepas salam-salaman dengan seisi rumah, kami duduk di ruang tamu. Berbual kosong dalam 5-10mnt lepas tu mak mertua (umi) suruh kami masuk bilik pengantin.

Umi dan ayah (ayah mertua) bagi tahu selagi majlis rumah lelaki tak selesai, pengantin perempuan tak boleh keluar bilik apatah lagi untuk keluar rumah.
Lala tergelaklah sebab ingatkan diorang main-main je. Bayangkan kena kurung dalam bilik sampai hujung minggu?? Oh....tidak...

Cik Lala kata kat ayah :
"Ala ayah...takkan kena kurung dalam bilik jer...?"

Ayah : Yelah..kena duduk dalam bilik selagi majlis tak selesai. Ila kena kurunglah nampaknya... (ayah tersengih)

Lala : Nak duduk kat ruang tamu ni pun tak boleh??

Umi : Tak boleh. Nanti jiran-jirannya nampak. Hilang seri bila orang dah tengok menantunya. Ella (memang umi panggil lala nama tu) duduk je dalam bilik. Jangan keluar mana-mana.

Ayah : Tapi andak (gelaran en jawe dalam keluarga) tak payahlah nak berkurung jugak. Andak kena tolong apa-apa yang patot kat luar ni. Ayah bukan nak menghalau ye, lebih baik ila masuk bilik sekarang. Kang ada orang nampak...

Apalah motif kartun aku ni. Bedal jelah ek ;p
Start malam tu, lala hanya berkurung dalam bilik.
Mujurlah ada berukben dengan laptop, taklah mati kutu sangat.
Sarapan, makan tengahari semua umi yang hantar ke bilik.
Pagi-pagi umi dah ketuk pintu bilik...
"Ella nak mandi tak..? Kat dapur takda orang ni.. Pergilah mandi dulu.."
Comelnya umi aku ni.

Selesai mandi, masuk bilik semula. Tahu-tahu jap lagi umi hantar makanan, kerepeklah, kuihlah, air milo satu cawan besar (pakai cawan umi lagi)... Lagi sejam dua umi menjengah kat bilik kalau-kalau lala nak ke tandas...

Kebiasaan orang jawe, boleh kata lagi seminggu nak buat majlis kahwin diorang akan datang rewang. Dari pagi sampailah ke malam. Lala memang respectlah orang jawa, kebanyakannya memang titik beratkan kemasyarakatan. Dengarlah kat luar rumah, riuh mengalahkan pasar malam. Dengar pulak bahasa jawa yang memang lala tak expert.. "nongkene..nongkene..bla..bla..bla..."

Cik lala disorok/dikurung sampailah hari Sabtu malam Ahad (04/02/2012). Malam tu kami tak bersanding cuma kami pakai je baju nikah siap-siap. Biasanya bagi orang melayu malam Ahad diorang akan buat majlis berinai (bersanding + tepung tawar) tapi orang jawa still masak lauk pauk, panggil orang kampung cuma tak bersanding (sesetengah orang jawa memang macam tu).

Umi suruh kami sambut tetamu kat depan. So dengan tangkasnya menyusun langkah keluar (mak aih ramainya orang). Kenduri orang jawa ni tak sah kalau khemah lebih dari sepuluh, lepas tu setiap khemah penuh dengan tetamu.
Umi dengan ayah bertugas untuk melayan tetamu yang sedang makan. Dari  meja ke meja mereka menyapa.
Kami pulak orang datang, kami salam dan jemput mereka makan. Orang yang dah nak balik kami say thank you dan bagi berkat (time salam tu mesti ada sampul duit. Pakcik kayo. Hahaha).
Masa tu baru dapat kenal saudara mara, jiran tetangga dan orang kampung kat sana.

Time tu barulah lala sedar kenapa menantu umi dengan ayah ni disorokkan.

Tetamu yang datang asyik bertanya..

"Eh menantunya adalah.. Bila nyampe (sampai)?"

"Dari hari Rabu lagi kami dah ada kat sini.."

"Kok tak nampak.... Dah berapa hari wak rewang, tak nampak pun menantunya ni..."

Ada lagi pulak yang cakap lebih kurang macam ni...

"Petang tadi rewang tak nampak pun... Lawa menantunya....patotlah disorokkan.."

"Orang dari hari apa datang, ingatkan nak jumpa menantunya tapi takda. Rupanya disorokkan... Manis bini ko ni andak.."

Bla...bla..bla..bla.....

Malam tu kena puji aje.. Berserilah, lawolah...Haishhh...
Hohoho...dah malam tu majlis kita kan, takkan nak dikutuk pulak...hehe...

Tapi memang ohsem malam tu sebab rancak orang bertanya itu ini. Macam teruja pun ye jugak sebab diorang belum pernah jumpa dengan menantu Maripah + Mustapar.

Ada kemanisannya juga ye walau kena sorok. Cik lala tak pernah tahu pun ada lagi adat yang macam ni... so sweet.. Terima kasih umi dengan ayah. Sayang korang banyak macam air laut.....
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 21, 2012

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka..??

Yup..itu yang lala nak kongsi hari ni. Entry yang lepas tentang Sikap Perempuan Yang Lelaki Tak Suka.

Untuk kali ni kita tengok apa agaknya sikap yang membuatkan lelaki suka dan selesa dengan kita (perempuan).

Penampilan dan Cara Berpakaian
- Perempuan kena pandai jaga penampilan, cara berpakaian dan kena dengan citarasa si dia.
Jangan keterlaluan dan sarat dengan eksesori. Contohnya : gelang, cincin, rantai, kerongsang dan lain-lain lagi.

Apa yang lala perhatikan, ramai si gadis/si dara/si isteri sanggup rimas dengan eksesori yang melampau untuk tampil cantik..
No..no..no...!
Perubahan demi kebaikan. Sumber : Google
Perlu diingatkan yang lelaki tidak suka isteri/kekasih mereka berpakaian/kelihatan seksi.

Lelaki yang baik akan menjaga aurat pasangannya. Lelaki itu juga tidak mahu perhiasan pasangannya dilihat oleh lelaki lain. (seksi depan suami lagi berbaloi-baloi)

Siapa kata tidak perlu makeup..??
Kenalah berbedak (sekurang-kurangnya) dan calit sedikit gloss/lipstik supaya wajah kita nampak bermaya.

Kalau rajin, makeup sederhana depan si dia tetapi diingatkan jangan makeup terlalu tebal kerana akan hilang kecantikan yang asli.

Pandai Memasak
- Pernah tak boyfriend/tunang/kekasih korang tanya 'korang pandai masak tak..?'
Sure ada, kalau takda nanti diorang akan tanya. Hehe...

Itulah siapa suruh taknak belajar memasak... Kan dah rugi...
So mulai sekarang rajin-rajinlah ke dapur dan memasak sebab pada hakikatnya seorang suami lebih gemar makan dari "air tangan" isteri sendiri.

Sebab dengan memasak ni dapat pikat suami.

Tidak Perkecilkan Kelemahan Lelaki
- Itulah realiti. Lelaki mempunyai sifat ego dan pantang tercabar keegoannya bila perempuan memperkecilkan kelemahannya.

Sebagai perempuan yang mempunyai hati yang tulus suci, baik budi pekerti (perempuan memang begitu hokeh), kita terimalah pasangan kita seadanya. Kita ego gak tapi tak macam lelaki kannnn...

Thats right! Sumber : Google
Kalau lelaki kena kutuk lebih-lebih, muka diorang jadi panas tapi still rileks nampak macam cool padahal cover macho (lelaki memang begitukan..kan..kan..)

Sebagai perempuan kita kena beri pujian pada mereka (kasi kipaslah sikit). Cari kelebihan si dia dan beri pujian ikhlas (jangan hipokrit).

Mudah dibawa berbincang dan Tidak Mudah Naik Angin
- Yesza..perempuan macam ni lah baru best nak couple, nak buat bini.
Seorang perempuan seharusnya mudah dibawa berbincang, senang memberikan pendapat dan boleh muhasabah diri (tidak mudah naik angin).

Hakikatnya lelaki tak berapa suka perempuan yang suka merajuk so bila terasa hati, kita bawak berbincang.

Berdikari
- Memang betul kadang-kadang perempuan memerlukan lelaki dalam beberapa hal tapi jangan terlalu mengharapkan lelaki dalam semua hal.

Tapi jangan pula terlalu berdikari sampai tidak perlukan si dia.
Ada masa kita kena pandai bawak diri dan jangan jadi macam "anak mak". Always dok bawah ketiak mak (perumpamaan je tu).

Sentiada Ada Waktu Suka Duka
- Jangan tinggalkan atau tidak hiraukan dia ketika dia mempunyai masalah. Kalau kita tak dapat membantu, cukup beri perhatian dan dengar rintihan hati dia (sediakan je telinga tu).

Kongsi masalah dan kegembiraan bersama-sama.
Jangan tinggalkan saat si dia berduka. Sumber : Google
So girl, lala rasa setakat tu je yang boleh dikongsi.
Perlu diingatkan, tak semua lelaki sama dan tak semua lelaki memerlukan sifat di atas tapi kebanyakannya suka.

Apa pun jangan jadi hipokrit untuk memuaskan hati pasangan kita. Be yourself but some changes need to improve yourself (ececeh..ntah betul ke tak ayat aku. ada aku kisah)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 12, 2012

Oblong Hangus

"Apa bau hangit ni..??"

"Eh bau ape ni..? Macam bau hangit je..."

"Kuatnya bau ni... Bau hangit. Mana datangnya ni.."

Lalu bos pulak yang bertanya,

"La, bau apa ni? Macam hangus..."

Menjawab tanpa confident..

"A...a....tu macam bau hangus..da...dari..dari apa tu... Ala dari microwave...."
Dalam hati memaki diri sendiri....

Bos berlalu dan terus masuk bilik dia..
Sayup-sayup dengar dia bertanya pada budak lelaki dalam sana.

"Wei korang ada terbau hangus tak..? Macam bau makanan overcook.. Kuat bau dia kat pantry..."

Bla..bla..bla...

Seorang engineer sedang lalu di depan bilik sambil mengomel..

"Smell like hanguslah..Whats that..."

Seorang lagi engineer terus melulu masuk pantry. Kedengaran seperti microwave dibuka dan..

"Oh..ada someone yang overcook.. Hanguslah tu.."

Dalam bilik sambil mengurut dada dan buat muka pelik.
Dalam hati berkata "Ish sudah-sudahlah tu. Kalau dah tahu bau hangus, janganlah nak kecoh-kecoh.. Aku cepuk kang.."

Ain masuk bilik untuk asah pensil.

Ain : Ada someone masak hangus kat pantry..
Lala : Oh yang tu saya panaskan daging..
Ain : Ohhh....daging ila hangus ek.. (sambil tersenyum kambing)
Lala : Eh taklah... Kan dalam microwave tu ada sisa-sisa makanan, itu yang hangus..
Ain : O...yeke...

Ain berlalu pergi...

Tulah siapa suruh tekan 20mnt kat microwave tadi. Kan dah hangus..
Giler ko, daging oblong aku masak tadi macam arang. Berasap pantry. Berpeluh aku, kelam kelibut aku keluarkan daging/arang.

Citt memalukan.. Kalau toreh muka aku tadi, sure takda darah. Pucat!
kecoh kt control room ni...

Nasib baik Ain je tahu tp ain tak tahu cerita sebenar.
Makcik cleaner tadi nampak berasap tapi aku cakap, "takda apa-apa makcik. OK ni.."
Makcik jangan bagi tahu siapa-siapa yea. Nanti saya belanja oblong double ek ;p

Aku tak tahu motip letak pic ni.... sumber gambar : encik google
p/s : Dah puas aku sembur perfume aku. Minta-minta hilanglah bau hangus ni.Dah jangan kecoh-kecoh lagi, bau dah nak hilang ni...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 8, 2012

Sikap Perempuan Yang Lelaki Tak Suka

Sebenarnya ada beberapa sikap perempuan yang lelaki tak suka.
Apa yang cik lala senaraikan kat bawah ni cuma beberapa kerat je.

Perempuan kena tahu sebab perkara ni yang buat lelaki tak suka dan malas nak layan.

Membebel/Berleter

- Memang tak dinafikan berleter salah satu cara untuk mengurangkan tekanan/stress untuk perempuan tapi apakan daya kebanyakan lelaki sangat tak suka perempuan membebel (talk to my hand). Kalau boleh perempuan kena kontrol kemarahan/mood yang meluap-luap untuk membebel.

Take 2mnt and set in your mind "LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN MEMBEBEL" so untuk apa aku membebel kalau dia tak suka. Elak laki akan angkat kaki lambunglah.. Blah dari terus dengar bebelan.... tak pun temperature dia pulak naik.
Ha..amekaw...syaitan bersorak sebab dua-dua angin 1badan. Terus bergaduh...Bertumbuk..(tak mungkin)

So cari alternatif lain.
Berbincang!
Cari masa sesuai, ajak suami/kekasih berbincang tentang ketidakpuasan hati korang.

Time tu luah apa yang tak kena/perkara yang mengganggu emosi perempuan yg sememangnya beremosi..

Tapi kalau korang (perempuan) tetap nak membebel, tunggulah suami takda kat rumah. Membebel sorag-sorang (gilo).

gambar dari encik google
Mengkritik/Bersungut

- Cubalah kurangkan sifat pengkritik dalam diri masing-masing. Janganlah berangan nak jadi juri mentor pulak. Mentel laki korang dibuatnya.

Kalau tengah makan kat luar, jangan dok asyik komplen masakan yang korang makan. Komplen itu masin, ini tawar, itu manis, ini mentah.

Ya korang ada hak sebagai pengguna tapi bukan depan laki korang bersungut.
Pergi panggil tukang masak (kalau berani), cakap kat dia. Komplen kat dia. Baru betul!

Pernah baca tak dekat sesetengah kedai makan dia letak kata-kata lebih kurang macam ni "KALAU SEDAP BAGI TAHU KAWAN, KALAU TAK SEDAP BAGI TAHU KAMI"

So nak kritik/bersungut biar bertempat. Lelaki cepat rimas.

Kuat Merajuk/Mudah Nangis

- Adui lomah den dongan pompuan camni ha...
Tak boleh salah sikit, merajuk! Kang tarik muncung panjang, jeling macam nak terbenam mata tu. Kena sound sikit, nangis! Kena tegur sikit, nangis.

Bagi cik kalau selalu sangat merajuk/menangis, tak cun. Tak nampak mahal.
Tengok lelaki, bila dia nangis nampak 'mahal' (jangan nak bangga sangat ye lelaki).

Jangan jadi terlalu 'murah' dengan air mata. First time perempuan menangis, memang lelaki gelabah tapi bila dah selalu sangat, dia naik menyampah (sorry to say).

Macam tu jugak bab merajuk. Lelaki ni dia sifat penyabar dia tak macam perempuan. Jangan sampai 1tahap, bila perempuan merajuk lelaki takkan pujuk. Dia jadi malas/muak..

gambar dari encik google
** Apa yang cik nyatakan kat atas tu berdasarkan pengalaman dan pergaulan. Kebanyakan lelaki sebenarnya tak complicated macam perempuan. Diorang sangat simple dan tak suka perbalahan/pertikaian.

** Cik juga perempuan dan bukan niat nak menghentam sesama perempuan cuma pengetahuan untuk dikongsi. Supaya kita makin disayangi dan disenangi oleh pasangan kita.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 6, 2012

Tarikh Hari Ini

Cik tengok tarikh hari ni...
06.06.2012
Ulangtahun perkahwinan arwah mak ngn ayah yg ke-42

06.06.06
Kali terakhir mak dengan ayah sambut ulangtahun bersama-sama.
Time tu ayah bagi tahu mak yang mak 'kekasih awal dan akhir' ayah.
Lagu Jamal Abdillah yang selalu ayah nyanyikan tu untuk mak...

Mak cakap kat ayah yang mak tak mampu hidup tanpa ayah. Mak tak tahu macam mana hidup mak nanti tanpa ayah.... Ayah cuma tersenyum. Malam tu kami bergurau anak-beranak.
Seronok, nampak bahagia sangat.

Ayah sempat mengusik anak-anak dia.
Ayah kata anak ayah si izzah cantik.

"Lawa anak ayah ni rupanya walaupun bibir tebal"
(selalunya izzah memang kene ejek je sebab bibir dia tebal tp mlm tu ayah puji)

Malam tu ayah memang sihat tp.....

15.06.2006
Ayah pergi sarapan kat kedai makan tempat kami tinggal.
Balik dr kedai makan, kami perasan muka ayah nampak pucat.
Ayah bg tahu perut ayah sakit.

Kami bawak ayah pergi klinik, doktor bg tahu ayah ependiks so doktor suruh pergi hospital. Ayah taknak sebab ayah takut hospital sebenarnya. Tapi bila abang ayah (ayahuda) pujuk barulah ayah pergi.

Cik ingat lagi time tu ayah pakai seluar slack hijau lumut,. Seluar tu koyak tp ayah kata biar je.

Petang tu ayah pergi hospital dengan mak, izzah dan jiran kami.

Maghrib tu izzah kol cik, dia bagi tahu ayah koma.
Ya Allah....

Malam tu cik, izzah dan bangchik temankan ayah walaupun kami bertiga tak boleh duduk tepi ayah kat ICU. Ayah terkujur, diam tapi ayah menitikkan air mata bila cik bercakap dengan ayah.

"Ayah, la datang ni. La,izzah, Bangchik jaga ayah. Ayah, kuatkan semangat ye. Ayah kena kuat. Kami semua tunggu ayah."

"Ayah bangun yea.... Ayah kata nak tengok la konvo... La baru je habiskan 1sem ni.. Ayah kena bangun...."

Cik bercakap dengan ayah, genggam tangan ayah, cium pipi ayah tapi ayah tetap kaku. Ayah cuma mengalirkan air mata...

16.06.2006
Ayah pergi tinggalkan kami. Tinggalkan mak....

Mak sedih, merana bila ayah takda.
Kadang-kadang mak termenung...menangis...
Mak kesat air mata....tp air mata tumpah lagi..

Selalu mak bagi tahu kami yang mak rindu sangat dekat ayah, terlalu rindu....
Kdg-kdg mak kata, mak akn bercakap dengan gambar ayah..
Mata ayah seolah-seolah pandang mak dan paham penderitaan mak...

Ayah pergi terlalu cepat kami rasakan.

Dan tahun lepas mak pula tinggalkan kami.

Terasa baru semalam ayah..mak...bergurau dengan kami....
Ya Allah rindunya aku pada mereka....

Al-Fatihah buat ayah (ISMAIL BIN TONGAH) dan mak (ROHMAH BINTI SAHLAN)

Ya Allah, janganlah Kau sakiti mereka... Temukanlah mereka sehingga di syurga.
Terangilah kubur mereka dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Amin.......


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jun 1, 2012

Petua Jaga Berat Badan

Assalamualaikum wb
Hai korang..
Dulu cik lala pernah kongsi pasal PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN.
Ok. Bila berat badan dah turun, korang kena maintain/jaga berat badan tu right?

So kali ni cik lala nak bagi tahu beberapa petua untuk jaga berat badan.

Jangan/elak minum air sejuk/ais/bergas
Apa yang cik lala tahu, tabiat minum air sejuk ni menyebabkan 'susah nak kurus'. Salah satu sebabnya air sejuk/berais membekukan bahan berminyak dari makanan yang kita makan. Lagi pun air sejuk membuatkan perut buncit!!

Jadi kalau boleh elakkan pun dah cukup baik. Let say korang pergi makan kat fast food, korang minta air without ais. Kalau makan kat gerai, try order jus oren suam. Perghh...sedap. Masam, manis, suam... Takpun order teh O laici suam.

Lagi satu kena ingat, minum air hanya sebelum atau selepas makan. Jangan makan sambil minum.

Elak/kurangkan fast food
Makanan segera memang sedap tapi banyak lemak/kolestrol yang tak baik untuk kita. Kalau boleh kita kurangkanlah.

Nak diingatkan juga pada sesiapa yang suka makan ayam goreng yang dijual kat pasar malam. Ingat, biasanya mereka guna minyak yang dah digunakan berulangkali. Cuba sukat banyak mana lemak/kolestrol yang ada. So kurangkan kalau mampu. Goreng sendiri kat rumah lagi bagus. Esok-esok cik kongsikan pula resipi ayam goreng berempah ye.

Sebenarnya ada banyak lagi petua nak jaga berat badan ni tapi bagi cik lala, yang dua ni pun kira ok kalau kita dapat elakkan atau kurangkan.
Kita jaga berat badan ni bukan saja untuk kecantikan/keyakinan tapi untuk kesihatan kita jugak.

Kalau korang rajin boleh amalkan petua yang ni UNTUNGNYA 100 LANGKAH


Pada yang belum kahwin, time ni lah nak jaga berat badan korang. Nanti time wedding boleh pakai baju cantik-cantik, bergaya dengan dress impian korang.

Pada yang dah berkahwin, lagi-lagi yang dah beranak pinak... Time nilah kena jaga betul-betul sebab nak tambat hati suami. Nanti bila pakai dress seksi-seksi depan suami, dah tak malu sebab body lawa. Dapat juga nasihat anak-anak dari awal. Tak salahkan amalkan gaya hidup sihat.


p/s : Bab makan ni memang susah kita nak tinggalkan, lagi-lagi dah jadi tabiat. So apa yang mampu kita elakkan walaupun kadang-kadang tak dapat nak elak.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Belog Cik LaLa