Feb 26, 2012

Cara-cara Remove Memori Dari Ingatan

Tutorial ni khas buat sesiapa yg nk remove memory dlm pale otak dorang yg dorang dh tak mahu. Contohnya :


- Putus cinta..? Ni kira frust tahap dewalah... nk lp kan gf/bf memasing.
- Berlaku sesuatu kejadian yg memalukan sampai xmo keluar umah.
- Terjadinya peristiwa hitam (tetumpah ink hitam kt baju ke. eh kesitu lak)
- Adanya kisah-kisah sedih yang membuatkn dia asyik3 menangis.
- Atau apa -apa menda yg korang nk remove.

Cara-caranya :

- Minum air @ makanan yg penuh dgn semut (org kata kalau mkn benda bersemut, cepat lupa)

- Pandang cermin dan kata kat diri sendiri "Apelah bijak sgt aku ni... Mana boleh nk remove memory dr kpala otak. Ingat otak ni mcm PC ke wei.."

 Hadoi korang pun same.
Yok-yok je nak tahu. Padahal mana ade cara nak remove segala bagai tu.

Nasihat cik..
Jadikan kisah tu semua sbg pengajaran buat korang lalui hari-hari mendatang (ayat nk puitis..puii..!) Syg wei nk remove semua kes-kes kat atas tu. Menda ni lah yg akan buat korang jd matang.
Bila dh tua (ckp mcm dia tua sgt) nti, bila dok sorang2 dlm keadaan waras (berwuduk kalau boleh. ape kes), korang pasti tergelak dan rindu saat2 tu..
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Kesalahan Bertudung

Assalamualaikum korang
Mula-mula cik lala minta maaf bg sesapa yg akan terasa ht dgn entry ni..

Cik bkn ape,
Dah lama perhatikan "KESALAHAN BERTUDUNG" dikalangan perempuan-perempuan yg bertudung (yg xbertudung kompom slh sbb tak ttp aurat kn).......

Nak berhujah panjang berjela mmg tak berani..cuma cik boleh share ape yg cik baca kat BLOG TEME

Tulisan dia mmg sempoi. Mesej yg dia bawak mmg agak berat tp cara penyampaian dia ringan. Senang baca dan faham.

(Kalau korang baca dan faham  gambar kt bawah ni pun dh memadai)



P/S : Cik cuma takmo (tak mahu) lebih ramai kita yg bertudung ni buat kesalahan. Cik pun byk belajar cara bertudung mengikut hukum. Kongsi benda baik takpe kan korang.... Kalau korang tak suka cik tegur menda ni, takpe.. Cik mintak maap ye korang..

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Feb 22, 2012

Bubur Sum Sum

Member Cik LALA upload gambar bubur sum-sum, terus jatuh cinta. Ohsem!!
i Loike ;)
so cik request kt dia..nah dia bg and cik share kat sini. Tak rugi kalau kita xlokek ilmu kan...
 
-bubur sum-sum

atas permitaan cik lala, resepi disertakan
500 gram tepung beras
2 biji kelapa, ambil santan nya
daun pandan
garam
air

cara2
bancuh tepung beras dgn santan dan air.
kepekatan dia agak2 la, jgn cair jangan pekat
masak sampai dia tanak.
nk tahu dh masak letak kat pinggan lepas sejuk, kalo x melekat tu dah masak la
kalo kita wat nak bagi tanak tu dkt 2 jam jgk, kalo wat byk lagi lama la

untuk air gula tu bese je,
masak gula merah dgn air.nk manis tambah gula pasir. adjust la rase dia. letak daun pandan kalo nk wangi
 p/s : Nanti cik nak try. Ape2 hal cik akan post okeh. 

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jangan Sesekali Sentuh Hati Dia Kalau...

Jangan Sesekali Sentuh Hati Dia Kalau...

Kau tak mampu jaga hati dia!!

Sekali kau dh sentuh hatinya,
Bermakna kau mesti 'peluk' hati itu buat selamanya...
Kau kena jaga hatinya baik-baik. 
Jangan sesekali kau lukakan hati dia.
Berilah kegembiraan pada hati dia.
Berilah kasih sayang yang ikhlas.
Belailah hatinya agar hatinya tidak 'dahaga'...

Ingat...
Dia hanya ada sekeping hati.
Jika hati itu juga kau lukakan, hati itu juga kau sakitkan, mana bisa luka-luka itu sembuh sepenuhnya. Parutnya tetap ada. 
Jgn kau biarkan, akan ada rajuk dihatinya nanti..........

Pandang matanya..kau akn dpt lihat hatinya....

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Kata Tentang Cinta

  • Kata Bomba → cinta tak boleh dipadam ✔ 
  • Kata Polis → cinta itu sukar ditangkap ✔
  • Kata Mekanik → cinta itu tak mampu dibaiki ✔
  • Kata Ustaz → cinta itu anugerah ✔
  • Kata Askar → cinta macam berperang ✔
  • Kata Angkasawan  → cintu itu tak ada kat bulan ✔
  • Kata Doktor → cinta tak dapat untuk diubati ✔ 
  • Kata Guru → cinta tak boleh untuk di pelajari ✔ 
  • Kata Hakim → cinta tak boleh dihukum ✔
  • Kata Artis → cinta bukan untuk publisiti ✔ 
  • Kata Bomoh → cinta tak boleh dijampi ✔
  • Kata Orang → cinta itu indah ✔ 
  • Kata Ulama →cinta Allah kekal abadi ✔ 

cinta manis mcm gula-gula : kata budak-budak (watak dlm gmbar anak buah hati cik..abg bulat n kakak)






p/s : Apa pulak kata hati tentang C.I.N.T.A ?
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Feb 21, 2012

Ada Apa Dengan LALA..??


Semalam gi pasar dgn sang arjuna.. Tetiba dear cuit saya
"Yg, ade org tampal nama awak lah.. Cube tgok..!! Huhu.."

Cittt..
Sekali dia jual LALA da..nsb baik bkn cik LALA...

Sepeket RM8.00. Kalau benar bagai ditampal, harga LALA cuma RM8.00 !!!!
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Perempuan Lelaki Kena Tahu

PEREMPUAN KENA TAHU :
- seorang lelaki yg benar2 mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun ♥

LELAKI KENA TAHU :
- seorang wanita yg benar2 mencintai anda akan marah kpd anda untuk banyak perkara tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya ♥
Gambar ambil dr encik google
 

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Hadiah Yang Takkan Dilupakan

Alhamdulillah.. 
Banyak jugak hadiah yang cik lala dapat on my MAGIC DAY yg lepas.

Tengs kat kengkawan dan sedara mara yg give us some hadiah.
Dalam byk-byk hadiah tu, yg plg mencuit hati cik lala hadiah dr adik angkat sang arjuna dan kad dr family cik lala. For me its so cute ~ ~ ~

Nie adiah dr family cik lala ;)
ni kad yg di attach skali ......
siap ade lembu bunting lagi..ha3..dlm maknanyer tu ;p
ni dr adik angkat sang arjuna.. yg kiri utk buang lemak,yg kanan...? ha3..jahat!!

p/s : Doa-doakanlh yea hasrat kalian yg satu tu akan tercapai ;)
.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Rindu Pada Si Dia

Pic ni di MMS oleh ibu LIANA. Bkn main manis senyuman dia. Geram! Rindu!

Tengok..buat hal betol..!!
 FATHIAH SOLEHAH a.k.a AKAK IYAH (5thn)

Anak buah hati cik lala yg plg rapat dgn cik lala ;)
Semenjak pindah sini (KUANTAN) cik lala belum berkesempatan jumpa dia.
Rindu tak tertanggung..!!!

Semalam kol akak iyah.. Dia nangis teresak2..
Paling sebak bila dia ckp  "Mandak..mandak..makndak mana..??bila mandak nk balik...?? Akak iyah nk tengok muka makndak.. Akak iyah nk tengok muka makndak je"

..............................................................................





Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Pengantin Baru Jangan Tengok TV..??

M baru saje berkahwin.
Dia kini sudah berpindah ke rumah yang disewanya bersama isteri tercinta.
Semua kelengkapan rumah seperti Mesin Basuh, Peti Ais, Rice Cooker dll ada tp....
Cuma TV je yg tak ada???
Gambar ni amek kt google tadi
 Kenapa..??

Rupa-rupanya...

Pada suatu hari, B (kwn M) berborak dengan M ditempat kerja.

B : Oit..aku dgr citer kau dh pindah umah.
M : A'ah... Baru semalam aku pindah.

B : Amacam umah baru. Sedap tak..?? Eh silap.. Best ke dok umah baru..??
M : Bestlh wei.. tapi tulah.. Hurm..

B : Lah pehal plak ni..??
M : Aku takde TV lah. Kesian bini aku kt umah, bosan dia.

B : TV utk org bujang lah. Org baru kawen ni jgn tgok TV.
M : Eh tak boleh tgok ke..?? Mana kau tahu..?
B : Yelah.. Masa kau bujang dulu kau kan dah "tengok TV"...dah "STUDY" semua benda kat TV tu. Time dah kawen ni lah kau kena "PRAKTIKKAN" ape yg kau study dulu. Tak payah tengok lg. Kau dah katam pun. Ha3
M : Ye tak ye jugak kn.. Aku mcm nk halfday je keje hr ni ;p

p/s : Sape tak paham, tak payah baca lg. Ni Entry SENGAL
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Bukti Cinta Abang Pada Sayang

Kisah tentang kekasih yg sedang berkasih-kasihan.
Pakwe baru habis kursus 6bln so selama itu juga xberjumpa kekasihnya.
Makwe seorang pemalu dan asyik3 menghitung rindu...
Bygkan sdh 6bln tak jumpa. Perghh..rindu tu...

Pakwe : Sayang. Tengoklah bukti cinta abg pd syg. Tengoklah..
Makwe : Ape ni abg. Tak maulah!

Pakwe : Sampai hati syg kan. Tak syg abg ke..?
Makwe : Syglh. Tp bkn ini caranya..

Pakwe : Syg. Sampai hati kan buat abg mcm ni. Abg simpan ini utk syg sorang je taw.
Makwe : Tak naklh syg.. Taknak.. Plssss... (merayu)

Pakwe hilang sbr lalu bgn dan berdiri di depan kekasihnya.

Pakwe : Sayang!!
Makwe : Taknakkkkkk..!!!!! (tutup muka)

Pakwe : Apelh syg ni. Cicak kering pun takot. 6bln abg smpan utk syg... Hahahahaha...
Makwe : PENGOTOR..!!

Pic copy dr encik google

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Feb 20, 2012

Timbang Berat Blog

Tadi jenjalan nengok-nengok belog lagi . . . . .

Pastu tersangkut kt blog BUBU
Kat sane ade byk tutorial dan byk bantu cik LALA. Tengs yeaw ;)

Kalau korang nk timbang blog korang blh try kt SINI

Sumber pic dr encik google

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Perempuan Cun & Lelaki Handsome

Perempuan tak cunboleh nampak cun dengan


>


>


>


>


>>>>>>>>>>>>>>>>>> mekap tebal






Lelaki tak hensem, boleh nampak hensem dengan


>


>


>


>


>>>>>>>>>>>>>>>>> dompet tebal



Tapi
Perempuan dan lelaki yang beriman...



Walau tanpa mekap dan dompet tebal akan tetap


cantik dan hensem


dengan . . . .


nur keimanan di wajah


Gambar hiasan dr encik google 


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Feb 19, 2012

Sambal Ayam Berkuah

Yum..yum..ini feveret cik lala. First time mkn masa kat umah member, dak johor. Dia kata ini sambal orang johor tp tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Time tu nenek dia yg masak!!

Cik lala tak tengok pun mcm mana cara nak masak sbb cik sebok basoh kain.
Bila dh siap terhidang..perghhh...aroma dia sedapppp..!!

Secara rasminya hr ini cik lala try masak. Mcm biase ikot resepi sendiri (main belasah je berdasarkan rupa & rasa masakan tu)

Bahan-bahan (utk 2-3org mkn) :
- Ayam 9ketol (potong saiz sederhana)
- Cili kering segenggam dikisar tak berapa halus (buang biji cili kering terlebey dulu)
- Bawang besar sebiji dan bawang putih 3ulas dihiris/ditumbuk
- Serai 2batang diketuk
- Halia dihiris/tumbuk lumat (2cubit sdh cukup)
- Asam jawa secubit (utk syarat je)
- Chicken stock maggi dan sedikit garam
- Air secawan

Cara-cara nak masak :
1. Goreng ayam dengan kunyit + garam (Lebihkn garam dan kunyit kalau nk sedap. Jgn terlalu garing). Letak tepi.
2. Panaskan minyak sedikit shj (sbb ayam td dh berminyak). Masukkan bawang dan serai + halia.
3. Masukkan cili yg sudah dikisar. Letak air, garam, chiken stok dan asam jawa. Tunggu sehingga naik minyak.
4. Masukkan ayam dan gaulkan. Biar sehingga mendidih. Tutup api dapur, kalau tak hangus ayam korang ;p

telebey minyak td. excited! hehehe...
Hbs skali mkn. Sang arjuna puji hbs. Alhamdulillah ;)

p/s : sambal ni jgn letak gula ye, rosak rasanya nanti. sambal masak merah yg letak sos tu cik lala xberapa suka.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Pacat

Ape P.A.C.A.T ???

Biar betol cik lala nak buat entry pasal pacat. Ngeri, geli, takot, jijik...yearkssss..!
Seriusly cik LALA akan menjerit ke larik ke ape ke bila tgok pacat. Tak blh nk cool lgsg..
Geli lah.. Cik lala xkn upload gambar pacat!!!

Entry ni cik lala buat sbb teringt mase kene ggt pacat dolu-dolu. Time tu ikot arwah mak g carik pucuk paku dlm ladang klapa sawit. Mase tu baru lepas hujan, pagi lak tu. Mmg kene dgn timinglh. Tgh syok-syok petik pucuk paku cik lala teperasan 1menda kt kaki. eh..eh??

PACATTTTTTTTTTTTT.......!!!!

Mak..pacat.... time tu cik lala larik ntah kemana-mana.. Tak tentu arah.. Larik-larik sambil jerit panggil mak... Pacat mak..tlg-tlg...!!

Mak tangkap tgn cik lala, mak soh diam..
Mak bongkok kt kaki cik lala, cik lala pejam mata sambil menangs..takot wei...
Seminit je..
"dh..mak dh buang.."

Ha..dh buang...tgok-tgok kaki..xde... Alhmdllh...

"Mak...jom balik..."

Mak menggeleng...

"Yelah2.. pacat pun takotlh dia ni.. Lain kali jgn ikut.."

"BAIK"

kan best bila cik lala takot, arwah mak ade. Leh pelok mak ;(


p/s : arwah mak pernah pesan, kalau nk tanggalkn pacat dr dia gigit guna garam. Bubuh garam kt dia, nti dia kecut, MATI..!!
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jangan Mudah Melatah

Yup...Jgn mudah melatah...!!!

Itu yg cik lala byk belajar sekarang. Bkn melatah yg :

        "Opocot....!"
" Oh mak nenek kau.."
                 "O mak kaw..!"

Bkn..bkn ini maksud cik lala. Melatah ini sikap kita yg cepat melenting, marah dlm sesuatu keadaan. Kita cepat bertindak sampai tak boleh berfikir. Bersikap melulu bila tersentap..!!

Cik lala belajar spy tak melatah. Paling senang, DIAM..!!


Yesza..kita diam dulu bila ade sesuatu yg menimpa kita yg blh mencabar kesabaran dan kewarasan kita.
Kita diam dlu, then tarik nafas dalam-dalam... Istighfar byk-banyak.. Astaghfirullahalazim.
Take time untuk buat sebarang keputusan.

Seandainya kita diam tp sbelah pihak masih bersuara, abaikan sahaja. Anggaplh mereka spt bunyi-bunyian dlm hutan di mlm hr. Kan best..!! Think positif !!

p/s : kuasa diam sgt besar. Cuba manfaat ikut situasi
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Lelaki vs Perempuan

Siapa yg jujur..???
Siapa yg setia...??
Siapa yg ikhlas..????
Siapa yg penuh dgn cinta..??
Siapa blh terima pasangan seadanya..??
Siapa berhak ego dlm bercinta..??

Siapa..? Siapa..?






LELAKI ke PEREMPUAN ?














Kita tak mampu nak jawabkan... Yelah tiada lelaki perempuan yang perfect..!!
Tp knp ramai sgt mempersoalkan tentang itu semua..?? Tak adil..!!
Bila dekat "HOME FB" cik lala tengok ramai beno (benar) menyalahkan pasangan masing-masing. Post macam-macam!! Time ni barulah nk kutuk pasangan dia, siap dengan kaum-kaum dia tu terlibat sama. Ape kes..??
Jgn sbb nila setitik, hbs rosak susu sebelanga.

Kalau korang nak salahkan pasangan korang tu, tak pe lah. Nak kutuk lebih-lebih pun silakan. Lagi pun itu jugak orang yg korang syg dulu kan.. Tp jgnlah babitkan kaum dia sekali. Sentap kaum dia yg lain. Ada paham.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Petua Menurunkan Berat Badan

Cik Lala pernah terbaca petua ni dalam majalah (ape ntah, tak ingat). Mase tu umur cik lala belasan tahun. Cik lala terus try dan mmg berjaya turun 9kg!! Amazing!! Betul wei...











Petuanya hanya Kulit Kayu Manis.
Hurm Kulit Kayu Manis ni byk khasiat. Contohnya macam entry cik lala yg ini

- Korang cuma perlu ambil dua genggam kulit kayu manis dan rebus dengan air seperiuk (saiz sederhana).
- Tunggu sehingga mendidih dan jgn biar terlalu lama mendidih.
- Tuang dalam baldi. Letak tepi.
- Korang mandi dulu macam biasa.
- Kemudian air rebusan ni korang jadikan untuk bilas badan (tambah sedikit air biasa supaya air rebusan tidak terlalu panas)
- Jangan lap..!! Pakai sahaja tuala mandi dan biar bdn kering sendiri (kalau nk lap jugak blh tp jgn lap kering2, nanti khasiatnya hilang)
- Amalkan tiap-tiap hari (sehari/sekali) dan tengok hasilnya.

Kalau korang nak tahu, air rebusan kulit kayu manis juga dapat hindari peluh berbau.
Petua ni sgt sesuai untuk wanita yang dlm pantang, lpas bersalin. Lg cepat turun berat badannya.

p/s : simbah air rebusan pd bhgn yg byk lemak contohnya perut, punggung... Akan rasa panas, bahang sedikit. Sekarang cik lala dh malas nk rebus, tu yg bdn naik..!! hehe
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Petua Haluskan Kulit

Petua ni kakak (kak lena) cik lala yang ajar.
Mase tu lg 2 3 hr cik lala nak nikah. Kak lena kata org nk kawen ni kene buat scrub, mandi lulur bagai. Biar kulit halus, hilang semua daki. So dia bg petua ni... Mudah & Jimat..!!!

Hanya dgn B.E.R.A.S + serbuk kunyit



- Ambil segenggam beras dan rendam dalam semangkuk air masak.
- Letak sedikit serbuk kunyit. Kacau dan biar semalaman (rendam 12jam ok kot)... Selalunya rendam beras pada waktu malam dan keesokan harinya baru guna.
- Ramas beras tadi sehingga hancur.
- Kemudia gosok pada badan. Gonyoh...sental...jgn tak sental... Tapi sebelum tu korang kena mandi dulu macam biasa. Lepas mandi, baru gosok beras ke badan.
Nanti korang akan dapat lihat ade daki yang keluar...!!
- Bilas. Keringkan badan. Try usap kulit badan korang, sure lembut (kalau tak lembut jugak,nampak gayanya kene gi spa)

p/s : Kalau blh mintak tlg siapa-siapa (sesama muhrim) sentalkan beras ke badan. cik lala buat kelmarin dan main gosok2 ke badan dgn sang arjuna. Ops! Itu pn blh jd 1aktiviti buat pasangan suami isteri. Gud Luck.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Lirik Lagu Buka Hatimu - Armada

Cuba hayati lirik lagu ni......
Dia mengharap cinta dari pasangannya.. Dia dh byk beralah..
Oh sungguh sedih......
Kenapalah hati, kau sanggup lukakan hati sendiri demi cinta pd seseorang yg xmenghargaimu.....dan kenapalah hati yg satu lagi biar hati itu terluka...
Bukalah hatimu ~ ~ ~ ~ ~ 




Aku telah lelah mengikuti semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki...


Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu...
Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu.....
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku.....
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betapa perihnya....hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada...



image22_3.gif
p/s : Jangan lukakan hati yg menyayangimu dan sanggup berkorban untukmu...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Kue Tiaw Goreng with Filament Stick

Semalam sang arjuna kata tak nak makan nasi. so malam tadi dia request nak makan kue tiaw..

Hurm...dalam peti ade kue tiaw, ayam, sayur.....kerang xdelh..mane sedap kue tiaw xde kerang.. eh,sape kata?? Boleh je kok... Kita yg buat dia..
Jap-jap tengok kt freezer. Ada filament stick (filamen perisa udang). Ape? Tak tahu ape menda tu..?? Lah awat susah-susah, gi tanya encik google.

Dengan senang hati cik lala masak...
Bahan-bahan (utk 2-3org mkn) :
- Potong ayam kecik-kecik (jgn terlampau halus sbb nanti hancur pulak).
- Hiris bawang besar + sedikit bawang putih.
- Cili kering yg siap dikisar (lbh kurang 15btg..ikot suke lh..nk pedas, letak lbh siket).
- Sayur sawi (sayur tu je yg sesuai. Kalau ikotkan daun sup dan daun bawang).
- Tomato sebelah dihiris nipis.
- Hotdog dihiris bulat-bulat, nipis-nipis.
- Kue Tiaw sebungkus.
- Kicap
- Chiken stock

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak sedikit. Letak ayam dahulu. Tunggu sehingga separuh masak.
2. Masukkan bawang. Kacau.
3. Masukkan cili dan tgu sehingga pecah minyak (agak-agak minyak dh terapung).
4. Letak kicap dan chiken stock. Tambahkan sdikit air. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan filamen dan hotdog. Tunggu sebentar (jgn kacau terlalu kerap, nanti filamen hancur)



6 .Masukkan kue tiaw. Gaul rata.
7. Masukkan sayur sawi. Gaul lagi.
8. Akhir sekali, masukkan tomato.

Tadaaa.... siap dihidang buat sang arjuna ;)

Sang Arjuna kata sedap kue tiaw yg cik lala buat ni..hbs sebungkus ;) suka..suka..suka...
Licin...hehehe... siap buat air kopi kapal api..mana tak nye...huhu


p/s : cik lala xletak garam sbb kicap dan chiken stock tu pun dh cukop.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Petua Buang Angin

Kali ni nk kongsi bab petua buang angin.

Selalunya angin bahagian perut. Rasa kembong pada kanak-kanak terutamanya.
Petua kali ni macam biasa..senang, mudah dan jimat!!

Cuma perlukan bawang putih dan minyak masak (yang belum digunakan).

Ambil beberapa ulas bawang putih.
Tumbuk dengan kulit-kulitnya (tak perlu kopek kulitnya ye. Biarkan je).
Tumbuk mambal (tak perlu hancur sangat).
Letak dalam piring dan tuang minyak sedikit (minyak jangan sampai tenggelamkan bawang).
Dah siap........!!
Boleh sapu terus pada permukaan perut yang masuk angin.
Insyallah >_<

p/s : Masa zaman kanak-kanak cik lala dulu, arwah mak ngan ayah memang guna petua ni untuk kami adik beradik. Alhamdulillah mmg elok.... Sekarang ni amalkan utk anak-anak buah pulak.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Petua Hilangkan Jerawat

Ni nk citer sket..

Muka cik lala adalah contoh terbaik jerawat!!!
Jerawat mmg banyak.. Siap bernanah-nanah. Jerawatnya tak pernah kering... Kat pipi, dagu, dahi...penuh jerawat!
Tp itu duluuuuuuuuu....time skolah menengah. Time tu biaselh remaja.. Muka berminyak, hormon tak stabil lg kan.
Kantoi!! (xde pun laki yang pandang. Tu yg xde boypren mase skolh dulu.. eh kesitu plak).

time ni baru nk penuh jerawat pasir kt muka. nasib baik kamera time ni mmg cap ayam so xnmpak sgt. 
Petuanya senang,mudah dan jimat..tu yg penting.
Korang cuma perlukan KULIT KAYU MANIS..!!


Amek seketol, pastu asah/kikis. Kalau nk senang carik serbuk kulit kayu manis.
Lepas tu korang campurkan dgn air siket. (Kalau nk gantikan air dgn madu pun blh. Nanti korang blh buat mcm masker)
Tepek pada muka dan biarkan kering.
Nak pakai waktu mlm pn blh, esok pg baru cuci.
eh tp nk bg tahu, mgkn akan pedih siket pada jerawat tu tp kejap je. Nak cantikkan, kenelah tahan yea.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Feb 17, 2012

Lirik Lagu Terukir Di Bintang - Yuna

Seriusly first time cik lala dgr lagu ni terus terpikat,melekat.....
terus je cik donlop n ulang dgr sampai kebas gegendang telinga ni..
lirik dan lagu ni mmg kene dgn jiwa cik...
Cuba hayati lirknya...mmg umph lh lagu nie..
Tumbs up to Yuna !!!


Jika engkau minta intan permata 
tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia




Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Lauk Tengahari

Apa nak masak tengah hari ni..???
Oh ya..semalam abg cik lala mancing, dia dapat ikan sembilang.

So jom masak..!!

Sebenarnya ni lauk orang malas tp meninggalkan efect ohsem kt tekak korang (bg yg gemar lauk ni lh)
Cik Lala masak 3ekor ikan sembilang dan hbs dimakan sang arjuna. Pueh Hati den. Sang Arjuna kata SODAPPP...!! (kombang)

Masak Asam Pedas Ikan Sembilang

Celur Pucuk Ubi

Tempoyak bercili
Cik Lala mls buat air so amek je air ni dlm peti












p/s : Resepi nk masak Asam Pedas ini akan dipost bila jari ni rajin ;p
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Selendang Hana Tajima

Kali ni cik lala nak corat coret cara-cara pakai selendang ala-ala Hana Tajima.
(tajimalah sgt!)

Actually cik lala tak geti (reti) langsung pakai selendang ala-ala hana tajima ni.
Cik lala dh lame benar tinggalkan selendang.
Tetiba tergerak hati nak pakai so cik lala tanya en google and youtube je.
Pastu cik lala try lah..
Ni kira first time...
Kat bawah ni cik lala attach langkah-langkah dan gambar untuk rujukan.

Langkah-langkahnya : 

1. Pakai anak tudung macam biasa.
2. Ambil selendang dan letak kat kepala. Pendekkan selendang disebelah kiri atau kanan (terpulang pada keselesaan masing-masing).
3. Pinkan selendang dibelakang.
4. Ambil hujung selendang yang pendek.
5. Bawa ke bahagian tepi kepala (tarik selendang kemas-kemas).
6. Pinkan dengan kemas.


7. Ambil hujung selendang yang sebelah lagi dan sematkan/pinkan di tepi kepala. Jika ingin pakai kerongsang di tengah-tengah dagu pun boleh. Cume pinkan sahaja kerongsang tu.


Ha...dh siap pun.. Ready for kenduri kawen..

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Belog Cik LaLa