Oct 16, 2013

Aquarium Baby

Main dalam 'aquarium' ni elok-elok haa.. Mak nak kemas rumah...


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Sep 14, 2013

Pasal Adik Beradik

Air dicincang takkan putus.....itulah ibaratnya adik beradik...


Macam kitorang adik beradiklah.. Mula-mula memang baik, bukan main lagi bergurau... Siap bertepuk tampar terajang pun tak sakit.
Tapi bila dah gaduh...siap kau....
Bak kata arwah mak...

"Time baik bukan main lagi, siap boleh bawak masuk dalam kelambu. Cuba time tersentap karang, langsung tak boleh kene usik..dah macam bukan muhrim. "
Ni masa mula-mula aku nak ambil gambar diorang bertiga
Tengoklah anak-anak buah aku ni. Mula-mula kemain lagi...bahagia..
Niat aku sebenarnya saje nak ambil gambar diorang. Bila aku dah masuk rumah, aku dengar suara anak-anak buah aku menjerit-jerit, nangis...
Aku tengok diorang dok gaduh pasal sebatang kayu.. Lahai..kalau dah nama pun budak.

Tengok...pasal kayu pun nak gaduh.
nota kaki : Kitorang kalau gaduh adik beradik memang tak lama sebab mak dah pesan jangan gaduh lama-lama. Tak baik tak bertegur sapa.


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Sep 13, 2013

Keluarga? Saudara Mara? Jiran? Kawan?

Ha...tolong jawab..tetiba bagi tanda soal apahal....

Aku cuma nak tanya pendapat korang...dalam life ni, korang perlukan siapa??
Pilih satu je ke..?? Ke nak pilih semua??
For me perlukan semua. Keluarga....Saudara Mara...Jiran...Kawan...

Aku sedar ada antara korang yang tengah baca ni hanya perlukan certain orang je dalam life dia tapi terpulanglah...
Selagi bernafas atas muka bumi ni kita saling memerlukan. Apa juga yang berlaku di sekeliling aku, aku tetap perlukan diorang semua. Aku hadir dalam dunia ni sementara, so selagi aku masih bernyawa aku akan hargai orang sekeliling aku.
Copy dari pokcik google

Aku cuma nak nasihat, apa juga yang korang lakukan jangan sampai ketepikan Family dan saudara mara. Sebab pepatah mengatakan "air dicincang takkan putus"..


nota kaki : aku sebenarnya sentap dengan situasi saudara seakan tak perlukan saudara lain. Okfine beb...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Apr 12, 2013

Emak Bapak

Alhamdulillah...

Allah bagi aku peluang merasa untuk mengandung ,melahirkan dan menjaga amanahNya.

Aku & En Jawa namakan dia Marzuq Rasuli........
Marzuq..selepas beberapa jam dilahirkan...

Dia lahir lepas Zohor (5hb March 2013) so maknanya sekarang ni aku masih berpantang.

Masa aku post pasal Alahan Berbelog tu, aku tengah preknen.
Aku memang alah bila on9. Eh ada ke alahan macam tu..???

Masa awal mengandung tu memang aku mabuk so tengok ape pun rasa mabuk...
Lama-lama aku jadi malas..

Setelah berkurun lamanya aku mengigau nak on9 semula... Mungkin lepas ni aku akan perlahankan aktiviti blogwalking (ececeh..statement mcm retis uollszz).

Aku sekarang ni banyak jalan-jalan kat belog mak-mak..hehehe..biasalah nak mantapkan ilmu tentang anak pulok....tapi aku tetap akan singgah kat belog-belog kome as usual..hahahhaha...


nota kaki : Kini cik lala dah bergelar EMAK & en jawe bergelar BAPAK..hohoho merry krismes..


Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Belog Cik LaLa