Aug 3, 2011

Mencari keberkatan Sahur




"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." - HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan.

Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat
muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.

Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah
dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka?

Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu
bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.
Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan
ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
Menuruti sunnah;
Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
Menambah kekuatan untuk beribadat;
Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.

Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar.
Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika
kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, "Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Aug 1, 2011

M.E.N.G.U.M.P.A.T


Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

...Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain...

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.


http://facebook.com/tazkirah
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Jul 20, 2011

Cintailah Aku - ARILASO


  Di dalam hatimu,
Telah aku temukan,
Arti kebahagian...

Bersama dirimu,
Aku merasa berarti,
Sanggupkah dirimu,
Untuk bertahan,
Hingga waktu tak berjalan.....
Mencintaiku,,
Walau bintangku tak terang...

Cintailah aku sepenuh hati...
Sesungguhnya aku,
Tak ingin kau pergi.....

Takkan mampu ku hadapi dunia ini....
Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya..........

Tiada arti semua bila kau pergi...
Genggamlah tangganku dan peluklah diriku....
Saatku jatuh nanti menangis sepi...
Cintailah aku sepenuh hati...
Sesungguhnya aku,
Tak ingin kau pergi...
Cintailah aku sepenuh hati,
Tak ingin kau pergi...
Takkan mampu ku hadapi dunia ini...
Tiada arti semua bila kau pergi..........

**Lagu ni EN JAWE tujukan buat cik LALA...
Dear suruh hayati & famahi bait-bait lirik lagu ni.. so tacing..
Awak, sy awk sgt2 byk air laut ~ ~ ~ ~ ~

Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

Belog Cik LaLa