Jun 26, 2012

Tandas Bergerak

Tandas bergerak ...?

yang ni lebih mudah kan. Sumber : Pokcik google
Yup..tak tahu?? ok, sila tanya pokcik google.

Korang pernah guna tandas bergerak tak..??
Pernah? Sekali? Dua kali? Hari-hari..?

Apa rasa? Best tak..?
Aku cuma nak cerita tandas bergerak yang ada kat kawasan tempat kerja aku ni.

Aku kerja kat mana..?
Aku kerja dalam kawasan perindustrian yang agak dikenali buat masa ni..hahaha..
Keluasan kawasan sini sangatlah besar dan luas.
Memandangkan aku kerja dalam kawasan plant/production yang belum siap sepenuhnya so terdapat banyak tandas bergerak kat sini. Boleh kata setiap simpang ada.

Tandas ni digunakan oleh kontraktor-kontraktor Bangladesh, Indonesia, Nepal dan macam-macam lagi warga asing.

'Pekerja tak dibenarkan membawa kenderaan sendiri dalam kawasan plant melainkan kenderaan syarikat dan basikal yang disediakan'

Bilik aku nun dalam kawasan plant (Control Room aku dah siap sepenuhnya so memang pakai tandas tak bergerak). Kalau dari admin site lebih kurang 5-10mnt jalan kaki.

Tiap kali datang dan balik kerja aku lebih kerap jalan kaki sebab :
- Kenderaan syarikat terhad (Kadang-kadang tumpang orang)
- Buruk sgt kalau perempuan naik basikal. Terjongket sana sini. Haishhh...

Tiap kali jalan kaki aku akan melalui 3 4 simpang dan tiap kali tu jaga aku akan lalu depan tandas bergerak yang sangat ohsem ni.
Mana taknya pintunya selalu tak tutup rapat. Segala haruman dapat dihidu dari jauh.
Bayangkan tandas tu digunakan oleh beratus kontraktor dari pagi sampai petang. Padat dan pekat baunya ye...

Wah sangat indah berjalan kaki dipetang hari sewaktu habis waktu bekerja dengan keadaan badan yang letih sambil menghidu udara yang ohsem. Oh...!!!!
(waktu pagi takda bau sebab malam-malam dah servis)

Tu belum tengok dalam tandas tu yang berlumpur (bila lalu aku takkan pandang tandas tu, ngeri)

Ada pulak tu time aku lalu dok pura-pura belek tayar basikal sedangkan jelas niatnya nak masuk tandas..  (Malulah tu)

"Ala bang oi..masuk jelah tandas yang ohsem tu..kang ada lak yang terkucil dok belek tayar basikal.."
aku cakap dalam hati.

Bila aku toleh
Cusss...sekelip mata hilang dalam tandas..

Aku tak tahu nak salahkan siapa bila tandas bergerak dah jadi ohsem macam tu..
Sekurang-kurangnya tutuplah pintu tandas tu rapat-rapat.
Takdalah bau-bauan berlegar diruang udara.

Apa pun petang karang aku nak balik kerja akan berhadapan dengan si tandas ohsem...
dan pagi esok pun sama dan sampailah kawasan plant ni siap sepenuhnya..

nota kaki : bilalah kawasan plant ni nak siap. Kebas dah hidung ni...
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

12 comments:

  1. kalau dah tak tahan sangat, terpaksa jugak masuk tandas yang ohsem tu. hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi tengok tandas serupa ini. Pernah lah dengar pasal tandas=bakul plastik tapi dalam cerita lawak. haha..

    Dah tulis dah pasal backlink tapi cam lari tajuk lagi. Adus! haha..

    ReplyDelete
  3. @Nurul Husna Mohd Hassanyelah..takkan nak membuang tepi jalan..hilang macho...hahaha

    ReplyDelete
  4. @Applehahaha...ini tandas bagi yang cirit birit dan tak mahu pakai pampers...hehehe

    ok2..jap nak baca...

    ReplyDelete
  5. jangan risau cik. lama-lama hidung akan jadi lali dan immune terhadap bau ohsem tersebut. haha. beratus guna? dem! lebur harapan... hakhak

    ReplyDelete
  6. @M Fizanmakin hari makin kebas bila lalu..beratuslh lagi bertambah ohsem...

    ReplyDelete
  7. suatu ketika dahulu, pernah berhadapan dengan tandas bergerak ni di stesen pam minyak setelah tandas stesen tu berada dalam peringkat baikpulih..

    dari luaran nampak bergaya sebab macam baru dibeli minggu lepas oleh tauke stesen pam minyak tu..sekali aku bukak pintu dia, tersentap terus segala perasaan nak membuang..

    dah la baunya mengalahkan laluan pejalan kaki bawah tanah, ayor pun takde..ape kelass nak tinggalkan sisa-sisa bahan buangan aku kat tempat tak berprestige gitu..heheheh

    ReplyDelete
  8. @pipoqhahaha nak membuang pun kena tempat berprestij ek...
    mmg tandas bergerak ni nampak mcm baru beli, cantik tulus mulus diluaran tp di dlm AWESOME!!!!

    ReplyDelete
  9. Tak rela aku nak melabur disini

    ReplyDelete
  10. @onlajernak lalu dpn tandas ni pun tak sanggup...

    ReplyDelete

Belog Cik LaLa