Jun 23, 2012

Kalau Dah Bukan Rezeki....

Kisah ini diceritakan oleh adik angkat lala yang sangat muchuk dan suka bela kucing. Nama dia Fazila (nama sebenar).

Lapar benar ko ni encik kucing. Gambar ko ni aku ambil kat google.
Mula asalnya si dak Fazila ni lapar so nak makanlah, mengisi tangkinya yang boleh tahan hebat keluasannya (tapi lagi hebat tangki cik lala).
Dia pergi dapur. Dalam masa yang sama salah seekor kucing dia mengiau (kelaparan). Memang tak diam. Kucing dah laparkan, mana faham bahasa ibunda kita ni. Macam baby selagi tak dapat susu, menangis.

Dalam hati dia kata, 'kejap lagilah bagi kucing makan.'

Si dak Fazila ni nak pergi melantak dulu sebab lapar tahap gaban.


Cedok nasi...


Cedok lauk....

Ambil air secawan...

Duduk bersimpuh kat lantai dapur (memang anak dara kampung, sungguh sopan dan ayu).
Kucing tadi dok still mengiau dan duduk sebelah dia. Gesel-gesel kepala dia yang miang tu (nakkan perhatianlah agaknya).

Tapi dia buat tak nampak je sebab perut dia minta diisi dulu.

Baca doa makan....

Tangan kanan mula mencapai nasi yang berada di dalam pinggan lalu digaul bersama lauk yang menyelerakan.

Kemudian tangan diangkat dan menuju ke gua (mulut). Hehehe...

Zassssss.... (sadisnya bunyi).

Tangannyer tadi dicakar oleh kucing. Terlepas nasi di tangan sebelum sempat dimakan.
Dengan pantas dan tangkasnya kucing tersebut makan nasi yang bertaburan.
Habis yang dalam pinggan dah terkena sisa kucing.

Nak tak nak, bagi jugaklah kucing tu makan tapi dalam pinggan kucing.
Sesudah tu, barulah Fazila ambil nasi dan lauk semula dan makan tanpa kucing yang mengiau....

Begitulah ceritanya yang sadis.

Moral of the story :
Mungkin dah rezeki kucing tu kan, tak sempat nak jamah.

Arwah mak lala pernah cakap,
"Kalau dah namanya rezeki, dari dalam mulut naga pun boleh keluar..."

nota kaki : Lepas ni sila pastikan haiwan peliharaan korang diberi makan terlebih dahulu ye ;p
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

10 comments:

  1. moralnya : jangan biarkan kucing anda kelaparan jika anda sendiri lapar..

    err..sib baik kucing yang buat camtu kan..kalo bukan kucing agaknya mau besilat kat dalam dapur tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. tu contoh terbaik lar cerita fazila. kalau dah bukan rezeki, dah nak masuk mulut pun tak masuk. sepatutnya jangan makan sebelah kucing sebab kucing tak ada akal. btw, bagi kucing tu main jauh-jauh dulu sewajarnya. dah tak ada rezeki kan. :)

    ReplyDelete
  3. @pipoqbetol! tak pun suap dulu kucing tu....

    ReplyDelete
  4. @M Fizannasiblah kucing yg lapo, kalau dicakar dek rimau...naya....

    ReplyDelete
  5. @nn lylynerm....ye dah rezeki si miau...

    ReplyDelete
  6. kalau kat rumah saya, de sekor kucing tu suka masuk dalam tudung saji, lepas tu senyap je dalam tu carik makanan.

    ReplyDelete
  7. Haha.. jika dia bagi awal2 segumpal nasi lagi bek kan? Tapi kata-kata arwah mak cik lala tu betul gak.. Rezeki, jika memang untuk kita memang untuk kitalah.

    ReplyDelete
  8. @Nurul Husna Mohd Hassanhahahaha..macam2 hallah kucing ni..kang tahu2 elok dok lending dlm pinggan lauk...

    ReplyDelete
  9. @Appleyup..jangan risau..setiap rezeki tu Allah dah tentukan.kita kena cari je..

    ReplyDelete

Belog Cik LaLa