Jun 22, 2012

Sorok Menantu

Ini kisah tentang mertua yang sorok menantu dia nan satu ni...

Cik lala diijabkabulkan pada 27/01/2012 (Jumaat) dan majlis persandingan bagi pihak lala pada hari Ahadnya (29/01/2012).
Pada hari Selasa (31/01/2012) malam Rabu berikutnya, lala dan suami (en jawe) pergi rumah mertua kerana pada hujung minggu (05/02/2012) itu pula buat majlis di sana.

Sampai sahaja kat sana, rumah mertua dipenuhi dengan adik beradik en jawe dan beberapa orang saudara mara dia. Selepas salam-salaman dengan seisi rumah, kami duduk di ruang tamu. Berbual kosong dalam 5-10mnt lepas tu mak mertua (umi) suruh kami masuk bilik pengantin.

Umi dan ayah (ayah mertua) bagi tahu selagi majlis rumah lelaki tak selesai, pengantin perempuan tak boleh keluar bilik apatah lagi untuk keluar rumah.
Lala tergelaklah sebab ingatkan diorang main-main je. Bayangkan kena kurung dalam bilik sampai hujung minggu?? Oh....tidak...

Cik Lala kata kat ayah :
"Ala ayah...takkan kena kurung dalam bilik jer...?"

Ayah : Yelah..kena duduk dalam bilik selagi majlis tak selesai. Ila kena kurunglah nampaknya... (ayah tersengih)

Lala : Nak duduk kat ruang tamu ni pun tak boleh??

Umi : Tak boleh. Nanti jiran-jirannya nampak. Hilang seri bila orang dah tengok menantunya. Ella (memang umi panggil lala nama tu) duduk je dalam bilik. Jangan keluar mana-mana.

Ayah : Tapi andak (gelaran en jawe dalam keluarga) tak payahlah nak berkurung jugak. Andak kena tolong apa-apa yang patot kat luar ni. Ayah bukan nak menghalau ye, lebih baik ila masuk bilik sekarang. Kang ada orang nampak...

Apalah motif kartun aku ni. Bedal jelah ek ;p
Start malam tu, lala hanya berkurung dalam bilik.
Mujurlah ada berukben dengan laptop, taklah mati kutu sangat.
Sarapan, makan tengahari semua umi yang hantar ke bilik.
Pagi-pagi umi dah ketuk pintu bilik...
"Ella nak mandi tak..? Kat dapur takda orang ni.. Pergilah mandi dulu.."
Comelnya umi aku ni.

Selesai mandi, masuk bilik semula. Tahu-tahu jap lagi umi hantar makanan, kerepeklah, kuihlah, air milo satu cawan besar (pakai cawan umi lagi)... Lagi sejam dua umi menjengah kat bilik kalau-kalau lala nak ke tandas...

Kebiasaan orang jawe, boleh kata lagi seminggu nak buat majlis kahwin diorang akan datang rewang. Dari pagi sampailah ke malam. Lala memang respectlah orang jawa, kebanyakannya memang titik beratkan kemasyarakatan. Dengarlah kat luar rumah, riuh mengalahkan pasar malam. Dengar pulak bahasa jawa yang memang lala tak expert.. "nongkene..nongkene..bla..bla..bla..."

Cik lala disorok/dikurung sampailah hari Sabtu malam Ahad (04/02/2012). Malam tu kami tak bersanding cuma kami pakai je baju nikah siap-siap. Biasanya bagi orang melayu malam Ahad diorang akan buat majlis berinai (bersanding + tepung tawar) tapi orang jawa still masak lauk pauk, panggil orang kampung cuma tak bersanding (sesetengah orang jawa memang macam tu).

Umi suruh kami sambut tetamu kat depan. So dengan tangkasnya menyusun langkah keluar (mak aih ramainya orang). Kenduri orang jawa ni tak sah kalau khemah lebih dari sepuluh, lepas tu setiap khemah penuh dengan tetamu.
Umi dengan ayah bertugas untuk melayan tetamu yang sedang makan. Dari  meja ke meja mereka menyapa.
Kami pulak orang datang, kami salam dan jemput mereka makan. Orang yang dah nak balik kami say thank you dan bagi berkat (time salam tu mesti ada sampul duit. Pakcik kayo. Hahaha).
Masa tu baru dapat kenal saudara mara, jiran tetangga dan orang kampung kat sana.

Time tu barulah lala sedar kenapa menantu umi dengan ayah ni disorokkan.

Tetamu yang datang asyik bertanya..

"Eh menantunya adalah.. Bila nyampe (sampai)?"

"Dari hari Rabu lagi kami dah ada kat sini.."

"Kok tak nampak.... Dah berapa hari wak rewang, tak nampak pun menantunya ni..."

Ada lagi pulak yang cakap lebih kurang macam ni...

"Petang tadi rewang tak nampak pun... Lawa menantunya....patotlah disorokkan.."

"Orang dari hari apa datang, ingatkan nak jumpa menantunya tapi takda. Rupanya disorokkan... Manis bini ko ni andak.."

Bla...bla..bla..bla.....

Malam tu kena puji aje.. Berserilah, lawolah...Haishhh...
Hohoho...dah malam tu majlis kita kan, takkan nak dikutuk pulak...hehe...

Tapi memang ohsem malam tu sebab rancak orang bertanya itu ini. Macam teruja pun ye jugak sebab diorang belum pernah jumpa dengan menantu Maripah + Mustapar.

Ada kemanisannya juga ye walau kena sorok. Cik lala tak pernah tahu pun ada lagi adat yang macam ni... so sweet.. Terima kasih umi dengan ayah. Sayang korang banyak macam air laut.....
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

2 comments:

  1. Begini rupanya adat istiadat kawin orang jawa ye. lama gak terkurung tu. nasib bek tandas tak diletak dalam bilik, tilam apa semua dibekalkan, kalau tak... itu penjara namanya. haha..
    Rewang tu mksdnya tempoh tunggu kawin ke?

    ReplyDelete
  2. @Appleitulah..mula2 tak percaya, rupanya betul2 kena kurung da..

    rewang tu macam gotong royonglah..potong cili bawang,masak...yg ni sgt pentg bg orang jawa...sbb nti time kenduri dia,kita lak datang rewang ;p

    ReplyDelete

Belog Cik LaLa