Jun 21, 2012

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka..??

Yup..itu yang lala nak kongsi hari ni. Entry yang lepas tentang Sikap Perempuan Yang Lelaki Tak Suka.

Untuk kali ni kita tengok apa agaknya sikap yang membuatkan lelaki suka dan selesa dengan kita (perempuan).

Penampilan dan Cara Berpakaian
- Perempuan kena pandai jaga penampilan, cara berpakaian dan kena dengan citarasa si dia.
Jangan keterlaluan dan sarat dengan eksesori. Contohnya : gelang, cincin, rantai, kerongsang dan lain-lain lagi.

Apa yang lala perhatikan, ramai si gadis/si dara/si isteri sanggup rimas dengan eksesori yang melampau untuk tampil cantik..
No..no..no...!
Perubahan demi kebaikan. Sumber : Google
Perlu diingatkan yang lelaki tidak suka isteri/kekasih mereka berpakaian/kelihatan seksi.

Lelaki yang baik akan menjaga aurat pasangannya. Lelaki itu juga tidak mahu perhiasan pasangannya dilihat oleh lelaki lain. (seksi depan suami lagi berbaloi-baloi)

Siapa kata tidak perlu makeup..??
Kenalah berbedak (sekurang-kurangnya) dan calit sedikit gloss/lipstik supaya wajah kita nampak bermaya.

Kalau rajin, makeup sederhana depan si dia tetapi diingatkan jangan makeup terlalu tebal kerana akan hilang kecantikan yang asli.

Pandai Memasak
- Pernah tak boyfriend/tunang/kekasih korang tanya 'korang pandai masak tak..?'
Sure ada, kalau takda nanti diorang akan tanya. Hehe...

Itulah siapa suruh taknak belajar memasak... Kan dah rugi...
So mulai sekarang rajin-rajinlah ke dapur dan memasak sebab pada hakikatnya seorang suami lebih gemar makan dari "air tangan" isteri sendiri.

Sebab dengan memasak ni dapat pikat suami.

Tidak Perkecilkan Kelemahan Lelaki
- Itulah realiti. Lelaki mempunyai sifat ego dan pantang tercabar keegoannya bila perempuan memperkecilkan kelemahannya.

Sebagai perempuan yang mempunyai hati yang tulus suci, baik budi pekerti (perempuan memang begitu hokeh), kita terimalah pasangan kita seadanya. Kita ego gak tapi tak macam lelaki kannnn...

Thats right! Sumber : Google
Kalau lelaki kena kutuk lebih-lebih, muka diorang jadi panas tapi still rileks nampak macam cool padahal cover macho (lelaki memang begitukan..kan..kan..)

Sebagai perempuan kita kena beri pujian pada mereka (kasi kipaslah sikit). Cari kelebihan si dia dan beri pujian ikhlas (jangan hipokrit).

Mudah dibawa berbincang dan Tidak Mudah Naik Angin
- Yesza..perempuan macam ni lah baru best nak couple, nak buat bini.
Seorang perempuan seharusnya mudah dibawa berbincang, senang memberikan pendapat dan boleh muhasabah diri (tidak mudah naik angin).

Hakikatnya lelaki tak berapa suka perempuan yang suka merajuk so bila terasa hati, kita bawak berbincang.

Berdikari
- Memang betul kadang-kadang perempuan memerlukan lelaki dalam beberapa hal tapi jangan terlalu mengharapkan lelaki dalam semua hal.

Tapi jangan pula terlalu berdikari sampai tidak perlukan si dia.
Ada masa kita kena pandai bawak diri dan jangan jadi macam "anak mak". Always dok bawah ketiak mak (perumpamaan je tu).

Sentiada Ada Waktu Suka Duka
- Jangan tinggalkan atau tidak hiraukan dia ketika dia mempunyai masalah. Kalau kita tak dapat membantu, cukup beri perhatian dan dengar rintihan hati dia (sediakan je telinga tu).

Kongsi masalah dan kegembiraan bersama-sama.
Jangan tinggalkan saat si dia berduka. Sumber : Google
So girl, lala rasa setakat tu je yang boleh dikongsi.
Perlu diingatkan, tak semua lelaki sama dan tak semua lelaki memerlukan sifat di atas tapi kebanyakannya suka.

Apa pun jangan jadi hipokrit untuk memuaskan hati pasangan kita. Be yourself but some changes need to improve yourself (ececeh..ntah betul ke tak ayat aku. ada aku kisah)
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

12 comments:

  1. bukan lelaki saje

    mak mentua pun suka..hik3

    ReplyDelete
  2. @Ati Masrif
    untunglah mak mentua dpt menantu ade sikap mcm ni kan...

    ReplyDelete
  3. kalau cik yang berpengalaman tulis, apa lagi nak dikata. haha. setuju dengan semua. saya tak suka girl yang saya sayang tarik perhatian lelaki. saya akan tegur aurat dia. then, pandai masak, cos of mesti :D lelaki memang ego, so jangan selalu buat lelaki nampak bersalah. huahuahua. girl kena boleh berdiri atas kaki sendiri pada masa yang sama memerlukan kehadiran lelaki. yang penting, kalau tak boleh tolong, pinjamkan bahu dan telinga. :)

    ReplyDelete
  4. huhuhu.. memang la semua lelaki nak perempuan macam ni... tapi kalau lelaki sendiri xubah perangai cam mane yg perempuan suka, perempuan pon xnk tarik perhatian lelaki cm ne lelaki tu suka.. hehehe :)

    ReplyDelete
  5. adakah sebab ini dia suka sy???? hmmmm

    ReplyDelete
  6. @M Fizan
    yup..dan jgn lp bg tisu sekali..mane taw kot2 lelaki tu nagis..hehehe

    ReplyDelete
  7. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
    hahaha..betul tu..takpe kali ni bg can kat teruna nanti kita cerita lak apa yg si gadis suka ye...

    ReplyDelete
  8. @Saya Disini
    xdpt semua, dpt ikot 2 3 pn ok gak kan..

    ReplyDelete
  9. @nn lylyn
    mungkin...kena tanya pd tuan bdnlah...

    ReplyDelete
  10. Sebagai lelaki, saya setuju. haha..
    Part makeup tu, rasanya makeup tebal sngt tak cantik kot. Sy selalu tengok pertandingan ratu cantik kat sabah dan hasilnya adalah teruk walau juara. Muka dah tak serupa muka sebenar mereka da bila disolek.

    ReplyDelete
  11. @Appleitulah hakikatnya..lelaki lebih suka kecantikan asli...

    ReplyDelete

Belog Cik LaLa