Feb 19, 2012

Kue Tiaw Goreng with Filament Stick

Semalam sang arjuna kata tak nak makan nasi. so malam tadi dia request nak makan kue tiaw..

Hurm...dalam peti ade kue tiaw, ayam, sayur.....kerang xdelh..mane sedap kue tiaw xde kerang.. eh,sape kata?? Boleh je kok... Kita yg buat dia..
Jap-jap tengok kt freezer. Ada filament stick (filamen perisa udang). Ape? Tak tahu ape menda tu..?? Lah awat susah-susah, gi tanya encik google.

Dengan senang hati cik lala masak...
Bahan-bahan (utk 2-3org mkn) :
- Potong ayam kecik-kecik (jgn terlampau halus sbb nanti hancur pulak).
- Hiris bawang besar + sedikit bawang putih.
- Cili kering yg siap dikisar (lbh kurang 15btg..ikot suke lh..nk pedas, letak lbh siket).
- Sayur sawi (sayur tu je yg sesuai. Kalau ikotkan daun sup dan daun bawang).
- Tomato sebelah dihiris nipis.
- Hotdog dihiris bulat-bulat, nipis-nipis.
- Kue Tiaw sebungkus.
- Kicap
- Chiken stock

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak sedikit. Letak ayam dahulu. Tunggu sehingga separuh masak.
2. Masukkan bawang. Kacau.
3. Masukkan cili dan tgu sehingga pecah minyak (agak-agak minyak dh terapung).
4. Letak kicap dan chiken stock. Tambahkan sdikit air. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan filamen dan hotdog. Tunggu sebentar (jgn kacau terlalu kerap, nanti filamen hancur)



6 .Masukkan kue tiaw. Gaul rata.
7. Masukkan sayur sawi. Gaul lagi.
8. Akhir sekali, masukkan tomato.

Tadaaa.... siap dihidang buat sang arjuna ;)

Sang Arjuna kata sedap kue tiaw yg cik lala buat ni..hbs sebungkus ;) suka..suka..suka...
Licin...hehehe... siap buat air kopi kapal api..mana tak nye...huhu


p/s : cik lala xletak garam sbb kicap dan chiken stock tu pun dh cukop.
Munchas Gracias Baca Entry Cik LaLa

0 Pengomen:

Post a Comment

Belog Cik LaLa